Orang yang solat dalam saf dan orang yang solat Jumaat

TEKS BAHASA ARAB

صاحب الصف وصاحب الجمعة لا يفضل هذا على هذا ولا هذا على هذا

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang solat dalam saf dan orang yang solat Jumaat, yang solat dalam saf tidak melebihi orang lain yang solat dalam saf dan orang yang solat jumaat tidak melebihi orang lain yang solat Jumaat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 48, hadis nombor 252. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Hadith ini bukan berasal daripada lafaz-lafaz Nabi, maka ia jelas dusta.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs