Orang yang solat sempurna tanpa qasar ketika bermusafir sama seperti orang yang tidak berpuasa ketika bermukim

TEKS BAHASA ARAB

المتم الصلاة في السفر كالمفطر في الحضر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang solat sempurna (tanpa qasar) ketika bermusafir sama seperti orang yang berbuka (tidak berpuasa) ketika bermukim.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 160, hadis nombor 154. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

باطل.
أخرجه العقيلي في الضعفاء (3/ 162) ومن طريقه ابن الجوزي في الواهيات من طريق عمر بن سعيد عن أبي سلمه عن أبي هريرة مرفوعاً فذكره. قال العقيلي: عمر بن سعيد مجهول بالنقل، وحديثه غير محفوظ وليس في هذا المتن شيء يثبت. فإنما روى هذا الحديث بأنه: الصائم في السفر كا لمفطر في الحضر. فخالف هذا أيضا لفظ الحديث على ضعف الرواية فيه، وقد روي عن النبي صلى الله عليه وسلم بإسناد يثبت أنه سئل عن الصوم في السفر فقال: إن شئت فصم وإن شئت فافطر. أهـ‍. وهو حديث صحيح أخرجه الشيخان وأصحاب السنن وغيرهم وقد خرجته في غوث المكدود (397). وأخرجه الدارقطني في الأفراد وعنه ابن الجوزي في الواهيات من طريق أحمد بن محمد بن المفلس ثنا أبو همام قال: حدثني بقية بن الوليد عن أبي يحيى المدني عن عمرو بن شعيب عن أبي سلمة عن أبي هريرة مرفوعا. فذكره. قال ابن الجوزي: هذا حديث لا يصح. قال العقيلي: تفرد به بقية عن أبي يحيى. ثم إن ابن المغلس كذاب أهـ‍.

Batil. Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ (3/162), juga Ibn al-Jawzi dalam al-Wahiyat melalui sanad al-‘Uqaili, daripada ‘Umar bin Sa’id daripada Abu Salamah daripada Abu Hurairah secara marfu’, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut. Al-‘Uqaili berkata: "Umar bin Sa’id seorang yang tidak dikenali dalam periwayatan hadith, hadith beliau tidak mahfuz”. Tidak ada satu pun bagi matan hadith ini yang thabit. Hadith ini hanyalah diriwayatkan dengan lafaz:: "Orang yang berpuasa ketika musafir sama seperti orang yang berbuka (tidak berpuasa) ketika bermukim". Hadith tadi turut bercanggah dengan lafaz hadith ini, disamping terdapat kelemahan pada periwayatannya. Juga turut diriwayatkan daripada Nabi SAW dengan sanad yang thabit bahawa Baginda SAW telah ditanya tentang puasa ketika bermusafir, lalu Baginda SAW menjawab: "Sekiranya kamu mahu, maka berpuasalah dan sekiranya kamu mahu, berbukalah". Ianya hadith sahih, telah diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, serta para penulis kitab Sunan dan selain mereka. Saya telah melakukan takhrijnya dalam Ghawth al-Makdud (397).
Al-Daraqutni turut meriwayatkannya dalam al-Afrad, ia juga turut diriwayatkan oleh Ibn al-Jawzi dalam al-Wahiyat melalui sanad al-Daraqutni daripada Ahmad bin Muhammad al-Muflis. Beliau berkata : Abu Hamam telah menceritakan kepada kami. Beliau berkata : Baqiyyah bin al-Walid telah menceritakan kepada saya daripada Abu Yahya al-Madani daripada ‘Amr bin Shu’aib daripada Abu Salamah daripada Abu Hurairah secara marfu’, lalu beliau menyebutkan hadith itu. Ibn al-Jawzi berkata: "Hadith ini tidak sahih. Al-‘Uqaili berkata: Baqiyyah bersendirian meriwayatkannya daripada Abu Yahya. Kemudian, Ibn al-Muflis adalah kaki dusta".

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs