Orang yang zalim itu keadilan Allah di muka bumi

TEKS BAHASA ARAB

الظالم عدل الله في الأرض ينتقم [به] من الناس، ثم ينتقم الله منه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang zalim itu keadilan Allah di muka bumi, melaluinya Allah membalas (kejahatan) manusia, kemudian Allah akan membalasnya (iaitu si zalim tersebut).

STATUS

Tidak dijumpai

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 100-101, hadis nombor 80. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال الزركشي: لم أجده.

Al-Zarkasyi telah berkata: Aku tidak menjumpainya.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs