Pada hari Jumaat ada satu waktu yang tidaklah seseorang hamba memohon keampunan kepada Allah ‘Azza Wa Jalla bertepatan dengan waktu itu

TEKS BAHASA ARAB

في الجمعة ساعة لا يوافقها عبد يستغفر الله – عز وجل – إلا غفر له، فجعل النبي – صلى الله عليه وسلم – يقللها بيده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada hari Jumaat ada satu waktu yang tidaklah seseorang hamba memohon keampunan kepada Allah ‘Azza Wa Jalla bertepatan dengan waktu itu, melainkan diberikan keampunan kepadanya, Nabi SAW memberi isyarat dengan tangan Baginda sekejapnya waktu itu.

STATUS

Syaz

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1475, hadis nombor 7517. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((في الجمعة ساعة لا يوافقها عبد يستغفر الله عز وجل إلا غفر له، فجعل النبي – صلى الله عليه وسلم – يقللها بيده)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (4013)]

(Syaz)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Pada hari Jumaat ada satu waktu yang tidaklah seseorang hamba memohon keampunan kepada Allah ‘Azza Wa Jalla bertepatan dengan waktu itu, melainkan diberikan keampunan kepadanya, Nabi SAW memberi isyarat dengan tangan Baginda sekejapnya waktu itu.
[Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4013]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs