Pada hari kiamat nanti akan ada suara yang menyeru dari sebalik tirai

TEKS BAHASA ARAB

إذا كان يوم القيامة ناد مناد من وراء الحجاب يا أهل الجمع غضوا أبصاركم حتى تمر فاطمة بنت محمد صلى الله عليه وسلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada hari kiamat nanti akan ada suara yang menyeru dari sebalik tirai: Wahai orang yang berkumpul, tundukkanlah pandangan kalian sehinggalah Fatimah Binti Muhammad SAW melintasi kawasan tersebut.

STATUS

(Terdapat perawi pendusta pada sanadnya)

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 99. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

عَليّ «إِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَ مُنَادٍ مِنْ وَرَاءِ الْحِجَابِ يَا أَهْلَ الْجَمْعِ غُضُّوا أَبْصَارَكُمْ حَتَّى تَمُرَّ فَاطِمَةُ بِنْتُ مُحَمَّدٍ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسلم» فِيهِ الْعَبَّاس بن الْوَلِيد كَذَّاب قلت صَححهُ الْحَاكِم على شَرط الشَّيْخَيْنِ لَكِن تعقبه الذَّهَبِيّ وَله شَاهد عَن أبي هُرَيْرَة.

Daripada Ali:
“Pada hari kiamat nanti akan ada suara yang menyeru dari sebalik tirai: Wahai orang yang berkumpul, tundukkanlah pandangan kalian sehinggalah Fatimah Binti Muhammad SAW melintasi kawasan tersebut.” Dalam sanadnya terdapat al-‘Abbas Bin al-Walid. Beliau adalah seorang pendusta. Saya katakan: al-Hakim menilainya sebagai sahih menurut syarat al-Syaikhain akan tetapi al-Zahabi memberikan komentar berkenaan dengannya. Ia mempunyai syahid daripada Abu Hurairah.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs