Pada kuda (jihad), kencing dan najisnya segenggam kasturi syurga

TEKS BAHASA ARAB

في الخيل وأبوالها وأرواثها كف من مسك الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada kuda (jihad), kencing dan najisnya segenggam kasturi syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 59, hadis nombor 328. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Pereka hadith ini – semoga Allah melaknatnya – sama ada salah satu dari seorang lelaki: sama ada bodoh lagi dungu yang tidak mengetahui apa yang sedang dia katakan atau seorang zindiq yang mahu memburukkan syariat dan orang yang membawanya. Sesiapa yang memasukkan hadith batil seperti ini dalam kitab-kitab sunah dan mengekalkannya dalam lembaran buku-buku syariah, dia tidak terlepas pertanggungjawabannya di hadapan Allah Ta’ala kerana dia telah membantu untuk meruntuhkan syariat dan memburuk-burukkan syariat. Nabi SAW pernah bersabda dalam satu hadith sahih: Sesiapa yang menceritakan daripadaku suatu hadith yang dia lihat bahawa hadith tersebut dusta, maka dia juga termasuk salah seorang pendusta. Wahai al-Suyuti! Adakah anda telah sampai peringkat leka ke tahap ini?

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs