Pada malam aku diperjalankan (Israk), aku telah melintasi seorang lelaki yang tenggelam dalam cahaya Arasy

TEKS BAHASA ARAB

مررت ليلة أسري بي برجل مغيب في نور العرش، فقلت: من هذا؟ ملك؟ قيل: لا. قلت: نبي؟ قيل: لا. قلت: من هو؟ قال: هذا رجل كان في الدنيا لسانه رطبا من ذكر الله، وقلبه معلقا بالمساجد، ولم يستسب لوالديه قط.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada malam aku diperjalankan (Israk), aku telah melintasi seorang lelaki yang tenggelam dalam cahaya Arasy, lalu aku pun bertanya: Siapakah ini? Malaikat? Dijawab: Bukan. Aku bertanya lagi: Seorang nabi? Dijawab: Bukan. Aku bertanya lagi: Siapakah dia? Dijawab: Dia ini merupakan seorang lelaki yang lidahnya basah dengan berzikir kepada Allah semasa berada di dunia, jiwanya pula bergantungan dengan masjid dan dia tidak pernah sekalipun mengundang murka ibu bapanya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 377, hadis nombor 1999. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي المخارق، قال: قال ﷺ: «مررت ليلة أسري بي برجل مغيب في نور العرش، فقلت: من هذا؟ ملك؟ قيل: لا. قلت: نبي؟ قيل: لا. قلت: من هو؟ قال: هذا رجل كان في الدنيا لسانه رطبا من ذكر الله، وقلبه معلقا بالمساجد، ولم يستسب لوالديه قط». [ابن أبي الدنيا في «كتاب الأولياء»، «الضعيفة» (6845)].

(Munkar) Daripada Abu al-Mukhariq, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Pada malam aku diperjalankan (Israk), aku telah melintasi seorang lelaki yang tenggelam dalam cahaya Arasy, lalu aku pun bertanya: Siapakah ini? Malaikat? Dijawab: Bukan. Aku bertanya lagi: Seorang nabi? Dijawab: Bukan. Aku bertanya lagi: Siapakah dia? Dijawab: Dia ini merupakan seorang lelaki yang lidahnya basah dengan berzikir kepada Allah semasa berada di dunia, jiwanya pula bergantungan dengan masjid dan dia tidak pernah sekalipun mengundang murka ibu bapanya". [Riwayat Ibn Abu al-Dunya dalam Kitab al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6845].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs