Pada tiap sesuatu ada asal-usulnya, dan asal ketakwaan adalah hati orang-orang yang berakal

TEKS BAHASA ARAB

لكل شيء معدن ومعدن التقوى قلوب العاقلين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada tiap sesuatu ada asal-usulnya, dan asal ketakwaan adalah hati orang-orang yang berakal.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 66, hadis nombor 121. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها: أحاديث العقل كلها كذب كقوله: "لما خلق الله العقل قال له: أقبل فأقبل ثم قال له: أدبر فأدبر فقال: ما خلقت خلقا أكرم علي منك بك آخذ وبك أعطي" وحديث "لكل شيء معدن ومعدن التقوى قلوب العاقلين".

Antara ciri lain (hadis palsu) ialah setiap hadis yang menyebutkan (kelebihan) akal semuanya palsu seperti hadis berikut:
لَمَّا خَلَقَ اللَهُ الْعَقْلَ قَالَ لَهُ: أَقْبِلْ فَأَقْبَلَ ثُمَّ قَالَ لَهُ: أَدْبِرْ فَأَدْبَرَ فَقَالَ: مَا خَلَقْتُ خَلْقًا أَكْرَمَ عَلَيَّ مِنْكَ بِكَ آخُذُ وَبِكَ أُعْطِي
“Setelah Allah menciptakan akal lalu Allah berfirman kepadanya: ‘Majulah!’ Maka, akal pun maju. Kemudian Allah berfirman: Berundurlah!’ Maka akal pun berundur (tidak maju). Lalu Allah berfirman: ‘Tidaklah Aku ciptakan suatu yang lebih mulia bagi-Ku daripada kamu (iaitu akal). Dengan sebab kamu, Aku ambil dan dengan sebab kamu juga Aku beri.”
Dan hadis lain:
لِكُلِّ شَيْءٍ مَعْدِنٌ وَمَعْدِنُ التَّقْوَى قُلُوبُ العاقلين
“Pada tiap sesuatu ada asal-usulnya, dan asal ketakwaan adalah jiwa orang-orang yang berakal.”

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs