Panggil Muawiyah untukku

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أن النبي صلى الله عليه وآله وسلم استشار أبا بكر وعمر في أمر فقالا: الله ورسوله أعلم . فقال: ادعوا لي معاوية. فلما وقف بين يديه قال: أحضروه أمركم، وأشهدوه أمركم فإنه قوي أمين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Nabi SAW berbincang dengan Abu Bakr dan Umar berkenaan suatu urusan lalu mereka berdua berkata: Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Panggil Muawiyah. Apabila dia telah berada di hadapan Nabi Baginda bersabda: Beritahulah dia urusan kalian dan jadikanlah dia saksi urusan kalian. Kerana sesungguhnya dia adalah seorang yang kuat lagi amanah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 405, hadis nombor 151. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الطبراني عن عبد الله بن بسر مرفوعا وفي إسناده: مروان ابن جناح ولا يحتج به. قال في اللآلىء: مروان روى له أبو داود وابن ماجه وقال الدارقطني: لا بأس به. وله شاهد عند ابن عساكر عن ابن عمر مرفوعا بنحوه.

Diriwayatkan oleh al-Tabarani daripada Abdullah bin Busr secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat Marwan bin Janah, seorang perawi yang tidak boleh dijadikan hujah.
Dia berkata dalam al-Laali’: Abu Daud dan Ibn Majah meriwayatkan daripada Marwan. Al-Daraqutni berkata: Tiada masalah dengannya. Ada riwayat sokongan di sisi Ibn Asakir daripada Ibn Umar secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) dengan seumpamanya.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs