Pembaca surah al-Kahfi

TEKS BAHASA ARAB

قارئ سورة {الكهف} التي تدعى في التوراة الحائلة تحول بين قارئها وبين النار‏.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pembaca surah al-Kahfi, surah al-Kahfi disebut dalam Taurat dengan nama al-Ha’ilah (pendinding), ia menjadi pendinding antara pembacanya dan neraka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 60, hadis nombor 331. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Al-Baihaqi berkata: Sesungguhnya ia munkar, manakala saya pula berkata: Sesungguhnya ia palsu bertindih-tindih.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs