Perbaikilah urusan dunia kamu dan beramallah untuk hari akhirat kamu seakan-akan kamu akan mati esok

TEKS BAHASA ARAB

أصلحوا دنياكم، واعملوا لآخرتكم، كأنكم تموتون غدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perbaikilah urusan dunia kamu dan beramallah untuk hari akhirat kamu seakan-akan kamu akan mati esok.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1973, hadis nombor 9867. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(‏ضعيف جدا) ‏عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: «‏أصلحوا دنياكم، واعملوا لآخرتكم، كأنكم تموتون غدا».
[‏القضاعي، ‏ابن حجر في «مختصر الديلمي»، «الضعيفة» (874)].

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Perbaikilah urusan dunia kamu dan beramallah untuk hari akhirat kamu seakan-akan kamu akan mati esok.
[Riwayat al-Qudha‘iy dan Ibn Hajar dalam Mukhtasar al-Dailami.Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 874].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs