Perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari Jumaat

TEKS BAHASA ARAB

أكثروا من الصلاة علي يوم الجمعة، فمن كان أكثرهم علي صلاة كان أقربهم مني منزلة يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari Jumaat. Sesiapa yang paling banyak selawat ke atasku, maka dialah yang paling dekat kedudukannya denganku pada hari Kiamat.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 265, hadis nombor 1381. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة الباهلي – رضي الله عنه – مرفوعا: ((أكثروا من الصلاة علي يوم الجمعة، فمن كان أكثرهم علي صلاة كان أقربهم مني منزلة يوم القيامة)). [فر، ((الضعيفة)) (2892)]

(Sangat lemah)
Daripada Abu Umamah al-Baahili RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari Jumaat. Sesiapa yang paling banyak selawat ke atasku, maka dialah yang paling dekat kedudukannya denganku pada hari Kiamat.
[Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2892]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs