Perintah Allah SWT kepada baginda SAW untuk mengahwinkan Fatimah dengan 'Ali

TEKS BAHASA ARAB

إن الله أمرني أن أزوج فاطمة من علي، ففعلت، فقال لي جبريل: إن الله قد بنى جنة من لؤلؤ قصب، بين كل قصبة إلى قصبة لؤلؤة من ياقوت مشددة بالذهب، وجعل سقوفها من زبرجد أخضر، وجعل فيها طاقات من لؤلؤ مكللة بالياقوت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepadaku untuk mengahwinkan Fatimah dengan ‘Ali, lalu aku pun melakukannya. Jibril berkata kepadaku: Sesungguhnya Allah telah membina sebuah syurga daripada permata rotan (buluh). Antara setiap rotan ke rotan, terdapat permata daripada yaqut yang diikat dengan emas, dan bumbungnya pula Allah jadikan daripada batu zamrud (zabarjad) hijau dan Allah jadikan di dalamnya jendela-jendela daripada permata yang dilapisi dengan yaqut.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1315, hadis nombor 6714. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه مرفوعا: إن الله أمرني أن أزوج فاطمة من علي، ففعلت، فقال لي جبريل: إن الله قد بنى جنة من لؤلؤ قصب، بين كل قصبة إلى قصبة لؤلؤة من ياقوت مشددة بالذهب، وجعل سقوفها من زبرجد أخضر، وجعل فيها طاقات من لؤلؤ مكللة بالياقوت.
[عق، ((الضعيفة)) (١٨٤٥)].

(Palsu)
Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepadaku untuk mengahwinkan Fatimah dengan ‘Ali, lalu aku pun melakukannya. Jibril berkata kepadaku: Sesungguhnya Allah telah membina sebuah syurga daripada permata rotan (buluh). Antara setiap rotan ke rotan, terdapat permata daripada yaqut yang diikat dengan emas, dan bumbungnya pula Allah jadikan daripada batu zamrud (zabarjad) hijau dan Allah jadikan di dalamnya jendela-jendela daripada permata yang dilapisi dengan yaqut.
[Riwayat al-'Uqaili dalam al-Du'afa' al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1845].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs