Perkara yang paling berat adalah harta simpanan

TEKS BAHASA ARAB

القتل في سبيل الله يكفر كل شيء أو قال: يكفر الذنوب كلها إلا الأمانة: يؤتى بصاحب الأمانة فيقال له: أد أمانتك، فيقول: أي رب! وقد ذهبت الدنيا؟ فيقال: اذهبوا به إلى الهاوية، فيذهب به إليها، فيهوي فيها حتى ينتهي إلى قعرها فيجدها هناك كهيئتها، فيحملها فيضعها على عاتقه فيصعد بها في نار جهنم حتى إذا رأى أنه قد خرج، زلت فهوت وهوى في أثرها أبد الآبدين، قال: والأمانة في الصلاة، والأمانة في الصوم، والأمانة في الحديث، وأشد ذلك الودائع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Terbunuh di jalan Allah dapat menghapuskan segala sesuatu atau baginda katakan: Menghapuskan dosa-dosa keseluruhannya kecuali amanah. Didatangi pemegang amanah lalu dikatakan kepadanya: Tunaikanlah amanah kamu. Kemudian dia menjawab: Wahai Tuhan! Dunia telah berlalu? Maka dikatakan: Kalian bawalah dia pergi ke neraka Hawiyah. Lalu dia dibawa pergi ke neraka. Dia jatuh ke dalamnya sehingga dia sampai ke dasarnya, dan dia mendapatinya (amanah tersebut) di sana seperti keadaannya yang asal. Kemudian dia mengangkatnya dan meletakkannya di atas bahunya dan dia mendaki keluar dengannya di neraka jahanam sehingga dia menyangka bahawa dia telah berjaya keluar. Ketika itu amanah itu tergelincir dan ia jatuh, orang tadi pula jatuh membuntutinya buat selama-lamanya. Baginda bersabda: Dan amanah itu dalam solat, puasa, dan juga dalam perkataan (percakapan). Perkara yang paling berat adalah harta simpanan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 792, hadis nombor 4080. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه مرفوعاً: القتل في سبيل الله يكفر كل شيء أو قال: يكفر الذنوب كلها إلا الأمانة: يؤتى بصاحب الأمانة فيقال له: أد أمانتك، فيقول: أي رب! وقد ذهبت الدنيا؟ فيقال: اذهبوا به إلى الهاوية، فيذهب به إليها، فيهوي فيها حتى ينتهي إلى قعرها فيجدها هناك كهيئتها، فيحملها فيضعها على عاتقه فيصعد بها في نار جهنم حتى إذا رأى أنه قد خرج، زلت فهوت وهوى في أثرها أبد الآبدين، قال: والأمانة في الصلاة، والأمانة في الصوم، والأمانة في الحديث، وأشد ذلك الودائع. فلقيت البراء فقلت: ألا تسمع إلى ما يقول أخوك عبد الله؟ قال: صدق.
[طب، ابن جرير، ابن أبي الدنيا في (كتاب الأهوال)، أبو الشيخ في ( العوالي)، الخرائطي في (مكارم الأخلاق)، حل، هب، (الضعيفة) (4071)]

(Lemah)
Daripada Zazan daripada ‘Abdullah bin Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Terbunuh di jalan Allah dapat menghapuskan segala sesuatu atau baginda katakan: Menghapuskan dosa-dosa keseluruhannya kecuali amanah. Didatangi pemegang amanah lalu dikatakan kepadanya: Tunaikanlah amanah kamu. Kemudian dia menjawab: Wahai Tuhan! Dunia telah berlalu? Maka dikatakan: Kalian bawalah dia pergi ke neraka Hawiyah. Lalu dia dibawa pergi ke neraka. Dia jatuh ke dalamnya sehingga dia sampai ke dasarnya, dan dia mendapatinya (amanah tersebut) di sana seperti keadaannya yang asal. Kemudian dia mengangkatnya dan meletakkannya di atas bahunya dan dia mendaki keluar dengannya di neraka jahanam sehingga dia menyangka bahawa dia telah berjaya keluar. Ketika itu amanah itu tergelincir dan ia jatuh, orang tadi pula jatuh membuntutinya buat selama-lamanya. Baginda bersabda: Dan amanah itu dalam solat, puasa, dan juga dalam perkataan (percakapan). Perkara yang paling berat adalah harta simpanan. Aku pun bertemu al-Bara’, aku bertanya: Adakah engkau tidak mendengar apa yang saudara kamu, Abdullah berkata? Al-Bara’ menjawab: Dia benar.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, Ibn Jarir, Ibn Abi al-Dunya dalam Kitab al-Ahwal, Abu al-Sheikh dalam al-'Awali, al-Khara'iti dalam Makarim al-Akhlaq, Abu Nu'aim dalam al-Hilyah al-Awliya', al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4071]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs