Perkataan ini barang siapa yang membacanya seratus kali selepas solat

TEKS BAHASA ARAB

كلمات من ذكرهن مائة مرة دبر كل صلاة: الله أكبر، سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، وحده لا شريك له، ولا حول ولا قوة إلا بالله، ثم لو كانت خطاياه مثل زبد البحر، لمحتهن. لم يرفعه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang membaca perkataan ini seratus kali selepas solat: "Allah Maha Besar, Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, Tiada Tuhan melainkan Allah yang esa tiada sekutu bagi-Nya, dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaan Allah", jika dosa-dosanya seperti bebuih di lautan, maka akan dipadamkannya.

STATUS

Munkar Mauquf

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1606, hadis nombor 8100. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر موقوف) عن أبي ذر الغفار -رضي الله عنه- قال: كلمات من ذكرهن مائة مرة دبر كل صلاة: الله أكبر، سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، وحده لا شريك له، ولا حول ولا قوة إلا بالله، ثم لو كانت خطاياه مثل زبد البحر، لمحتهن.)).[حم، ((الضعيفة)) (6851)].

(Munkar Mawquf)
Daripada Abi Dzar RA, beliau berkata: ((Barang siapa yang membaca perkataan ini seratus kali selepas solat: "Allah Maha Besar, Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, Tiada Tuhan melainkan Allah yang esa tiada sekutu bagi-Nya, dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaan Allah", jika dosa-dosanya seperti bebuih di lautan, maka akan dipadamkannya.))
[Riwayat Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6851).

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs