Qintar bersamaan 12 ribu uqiyah, setiap uqiyah adalah lebih baik berbanding apa yang ada antara langit dan bumi

TEKS BAHASA ARAB

القنطار اثنا عشر ألف أوقية، وكل أوقية خير مما بين السماء والأرض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Qintar (sukatan berat bersamaan lebih kurang 100 kilogram) bersamaan 12 ribu uqiyah, setiap uqiyah adalah lebih baik berbanding apa yang ada antara langit dan bumi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1476, hadis nombor 7528. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عن ه- مرفوعا: ((القنطار اثنا عشر ألف أوقية، وكل أوقية خير مما بين السماء والأرض)). [ه، حب، حم، عبد الغني المقدسي في ((السنن))، ((الضعيفة)) (4076)]

(Lemah)
Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Qintar (sukatan berat bersamaan lebih kurang 100 kilogram) bersamaan 12 ribu uqiyah (auns), setiap uqiyah adalah lebih baik berbanding apa yang ada antara langit dan bumi.
[Riwayat Ibn Majah, Ibn Hibban dalam Sahihnya, Imam Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya dan 'Abd al-Ghaniy dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4076]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs