Rasulullah ﷺ melarang kami (wanita) daripada memakai emas dan menyadur perkakas dengan perak

TEKS BAHASA ARAB

نهانا عن لبس الذهب، وتفضيض الأقداح؛ فكلمه النساء في لبس الذهب، فأبى علينا، ورخص لنا في تفضيض الأقداح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah ﷺ melarang kami (wanita) daripada memakai emas dan menyadur perkakas dengan perak. Para wanita lalu berbincang dengan Baginda berkenaan memakai emas, namun Baginda enggan dengan (permintaan) kami. Walau bagaimanapun, Baginda memberi keringanan kepada kami pada isu menyadur perkakas dengan perak.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 430, hadis nombor 2314. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أم عطية – رضي الله عنها -، قالت: «نهانا عن لبس الذهب، وتفضيض الأقداح؛ فكلمه النساء في لبس الذهب، فأبى علينا، ورخص لنا في تفضيض الأقداح». [طب، طس، «الضعيفة» (6278)].

(Lemah) Daripada Ummu ‘Atiyyah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ melarang kami (wanita) daripada memakai emas dan menyadur perkakas dengan perak. Para wanita lalu berbincang dengan Baginda berkenaan memakai emas, namun Baginda enggan dengan (permintaan) kami. Walau bagaimanapun, Baginda memberi keringanan kepada kami pada isu menyadur perkakas dengan perak. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6278].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs