Rasulullah SAW bercerita tentang malam Israk dan Mikraj

TEKS BAHASA ARAB

لقيت ليلة أسري بي إبراهيم وموسى وعيسى، قال: فتذاكروا أمر الساعة، فردوا أمرهم إلى إبراهيم، فقال: لا علم لي بها. فردوا الأمر إلى موسى، فقال: لا علم لي بها. فردوا الأمر إلى عيسى، فقال: أما وجبتها؟ فلا يعلمها أحد إلا الله، ذلك؛ وفيما عهد إلي ربي عز وجل أن الدجال خارج. قال: ومعي قضيبان، فإذا رآني ذاب كما يذوب الرصاص، قال: فيهلكه الله. حتى إن الحجر والشجر ليقول: يا مسلم! إن تحتي كافراً، فتعال فاقتله. قال: فيهلكهم الله، ثم يرجع الناس إلى بلادهم وأوطانهم. قال: فعند ذلك يخرج يأجوج ومأجوج، وهم من كل حدب ينسلون، فيطؤون بلادهم، لا يأتون على شيء إلا أهلكوه، ولا يمرون على ماء إلا شربوه، ثم يرجع الناس إلي فيشكونهم، فأدعو الله عليهم، فيهلكهم الله ويميتهم حتى تجوى الأرض من نتن ريحهم. قال: فينزل الله عز وجل المطر، فتجرف أجسادهم حتى يقذفهم في البحر، ثم تنسف الجبال، وتمد الأرض مد الأديم، قال: ففيما عهد إلي ربي عز وجل: أن ذلك إذا كان كذلك، فإن الساعة كالحامل المتم التي لا يدري أهلها متى تفجؤهم بولادها؛ ليلاً أو نهاراً!.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku telah bertemu Ibrahim, Musa dan Isa pada malam aku Israk. Lalu, mereka saling menyebutkan berkenaan urusan tentang hari kiamat, mereka telah menyerahkan urusan mereka kepada Ibrahim. Ibrahim berkata: Aku tidak mempunyai ilmu berkenaannya. Seterusnya, mereka menyerahkan urusan itu kepada Musa, dan Musa berkata: Aku tidak mempunyai ilmu berkenaannya. Selepas itu, mereka menyerahkan urusan itu kepada Isa, dan Isa berkata: Adakah aku wajib menjawabnya? Adapun kedatangannya, ia tidak diketahui oleh sesiapa pun melainkan Allah Ta’ala. Apa yang Tuhanku telah janjikan kepadaku adalah sesungguhnya Dajal akan keluar. Bersamaku ada dua tongkat, apabila al-Dajjal melihatku, dia akan mencair sepertimana cairnya timah. Lalu, Allah akan membinasakannya sehingga batu dan pepohon pasti akan berkata: ‘Wahai orang Islam! Sesungguhnya di bawahku ada seorang kafir! Ke marilah lalu bunuhlah dia. Lalu Allah binasakan mereka (orang kafir). Kemudian orang ramai akan pulang ke negeri dan tanah air mereka. Ketika itu Yakjuj dan Makjuj akan keluar dari setiap tempat yang tinggi, lalu Yakjuj dan Makjuj akan mendatangi negeri-negeri mereka, tidak ada satu negeri yang mereka datangi melainkan mereka pasti musnahkan dan tidak ada satu tempat air pun yang mereka lalui melainkan mereka pasti meminumnya. Kemudian orang ramai akan datang mengadu kepadaku berkenaan mereka. Aku pun berdoa kepada Allah supaya membinasakan mereka. Allah lalu membinasakan mereka dan mematikan mereka hingga bumi berbau busuk kerana bangkai mereka. Lalu, Allah SWT menurunkan hujan; dan hujan itu menghanyutkan jasad-jasad Yakjuj dan Makjuj hinggakan Dia mencampakkan mereka ke dalam lautan. Kemudian gunung ganang pun binasa dan bumi meregang seperti kulit yang disamak meregang. Berdasarkan apa yang dijanjikan oleh Tuhanku kepadaku bahawa apabila perkara itu telah berlaku, maka tibalah hari kiamat yang dijanjikan, seperti wanita hamil yang cukup tempoh untuk bersalin, namun ahli keluarganya sendiri tidak tahu tarikh sebenar kelahiran. Ia akan datang secara tiba-tiba, dan dia akan melahirkan sama ada malam atau siang hari.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1338 – 1339, hadis nombor 6841. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا السياق)
عن عبدالله بن مسعود رضي الله عنه مرفوعا: لقيت ليلة أسري بي إبراهيم وموسى وعيسى، قال: فتذاكروا أمر الساعة، فردوا أمرهم إلى إبراهيم، فقال: لا علم لي بها. فردوا الأمر إلى موسى، فقال: لا علم لي بها. فردوا الأمر إلى عيسى، فقال: أما وجبتها؟ فلا يعلمها أحد إلا الله، ذلك؛ وفيما عهد إلي ربي عز وجل أن الدجال خارج. قال: ومعي قضيبان، فإذا رآني ذاب كما يذوب الرصاص، قال: فيهلكه الله. حتى إن الحجر والشجر ليقول: يا مسلم! إن تحتي كافراً، فتعال فاقتله. قال: فيهلكهم الله، ثم يرجع الناس إلى بلادهم وأوطانهم. قال: فعند ذلك يخرج يأجوج ومأجوج، وهم من كل حدب ينسلون، فيطؤون بلادهم، لا يأتون على شيء إلا أهلكوه، ولا يمرون على ماء إلا شربوه، ثم يرجع الناس إلي فيشكونهم، فأدعو الله عليهم، فيهلكهم الله ويميتهم حتى تجوى الأرض من نتن ريحهم. قال: فينزل الله عز وجل المطر، فتجرف أجسادهم حتى يقذفهم في البحر، ثم تنسف الجبال، وتمد الأرض مد الأديم، قال: ففيما عهد إلي ربي عز وجل: أن ذلك إذا كان كذلك، فإن الساعة كالحامل المتم التي لا يدري أهلها متى تفجؤهم بولادها؛ ليلاً أو نهاراً!.
[هـ، ك، حم، ((الضعيفة)) (4318)]

(Lemah dengan konteks ini)
Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Aku telah bertemu Ibrahim, Musa dan Isa pada malam aku Israk. Lalu, mereka saling menyebutkan berkenaan urusan tentang hari kiamat, mereka telah menyerahkan urusan mereka kepada Ibrahim. Ibrahim berkata: Aku tidak mempunyai ilmu berkenaannya. Seterusnya, mereka menyerahkan urusan itu kepada Musa, dan Musa berkata: Aku tidak mempunyai ilmu berkenaannya. Selepas itu, mereka menyerahkan urusan itu kepada Isa, dan Isa berkata: Adakah aku wajib menjawabnya? Adapun kedatangannya, ia tidak diketahui oleh sesiapa pun melainkan Allah Ta’ala. Apa yang Tuhanku telah janjikan kepadaku adalah sesungguhnya Dajal akan keluar. Bersamaku ada dua tongkat, apabila al-Dajjal melihatku, dia akan mencair sepertimana cairnya timah. Lalu, Allah akan membinasakannya sehingga batu dan pepohon pasti akan berkata: ‘Wahai orang Islam! Sesungguhnya di bawahku ada seorang kafir! Ke marilah lalu bunuhlah dia. Lalu Allah binasakan mereka (orang kafir). Kemudian orang ramai akan pulang ke negeri dan tanah air mereka. Ketika itu Yakjuj dan Makjuj akan keluar dari setiap tempat yang tinggi, lalu Yakjuj dan Makjuj akan mendatangi negeri-negeri mereka, tidak ada satu negeri yang mereka datangi melainkan mereka pasti musnahkan dan tidak ada satu tempat air pun yang mereka lalui melainkan mereka pasti meminumnya. Kemudian orang ramai akan datang mengadu kepadaku berkenaan mereka. Aku pun berdoa kepada Allah supaya membinasakan mereka. Allah lalu membinasakan mereka dan mematikan mereka hingga bumi berbau busuk kerana bangkai mereka. Lalu, Allah SWT menurunkan hujan; dan hujan itu menghanyutkan jasad-jasad Yakjuj dan Makjuj hinggakan Dia mencampakkan mereka ke dalam lautan. Kemudian gunung ganang pun binasa dan bumi meregang seperti kulit yang disamak meregang. Berdasarkan apa yang dijanjikan oleh Tuhanku kepadaku bahawa apabila perkara itu telah berlaku, maka tibalah hari kiamat yang dijanjikan, seperti wanita hamil yang cukup tempoh untuk bersalin, namun ahli keluarganya sendiri tidak tahu tarikh sebenar kelahiran. Ia akan datang secara tiba-tiba, dan dia akan melahirkan sama ada malam atau siang hari.
[Riwayat Ibn Mājah dalam al-Sunan, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4318]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs