Rasulullah SAW melaknat seorang lelaki yang menjadi imam

TEKS BAHASA ARAB

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم رجلا أم قوما وهم له كارهون وامرأة باتت وزوجها عليها ساخط ورجلا سمع حي على الفلاح ولم يجب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW melaknat seorang lelaki yang menjadi imam bagi satu kaum dalam keadaan mereka benci kepadanya. Baginda juga melaknat seorang wanita yang tidur dalam keadaan yang sama suaminya marah kepadanya dan juga seorang lelaki yang mendengar ‘hayya ‘alal falah’ (marilah menuju kejayaan) akan tetapi dia tidak menyahut seruan tersebut.

STATUS

Tidak sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 40. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لا يصح، قلت له شواهد عديدة، وفي الوجيز فيه محمد بن القاسم وليس بشيء، قلت وثقه ابن معين والحديث في الترمذي وله شواهد.

Ia tidak sahih. Akan tetapi ia mempunyai syawahid yang pelbagai. Di dalam kitab al-Wajiz menyebut: Di dalam sanad hadith ini terdapat Muhammad bin al-Qasim. Beliau adalah seorang perawi yang tidak mempunyai kelayakan untuk meriwayatkan hadith. Aku katakan: Ibn Ma’in menilai beliau sebagai seorang perawi yang thiqah. Di dalam riwayat al-Tirmizi hadith ini mempunyai syawahid.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs