Rasulullah SAW melarang memukul gendang, bermain simbal dan meniup seruling

TEKS BAHASA ARAB

نهى رسول الله – صلى الله عليه وسلم –عن ضرب الدف، ولعب الصنج، وصوت الزمارة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW melarang memukul gendang, bermain simbal dan meniup seruling.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1629, hadis nombor 8234. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن علي بن أبي طالب – رضي الله عنه -، قال: ((نهى رسول الله – صلى الله عليه وسلم –عن ضرب الدف، ولعب الصنج، وصوت الزمارة)). [خط، ((الضعيفة)) (4729)].

(Sangat Lemah)
Daripada Ali bin Abu Talib RA beliau berkata: Rasulullah SAW melarang memukul gendang, bermain simbal dan meniup seruling.
[Riwayat al-Khatib dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4729].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs