Rasulullah SAW pernah ditanya maksud ‘Utul dan Zanim [dalam surah al-Qalam ayat 13]

TEKS BAHASA ARAB

سئل رسول الله – صلى الله عليه وسلم – عن العتل الزنيم؟ قال: ((الفاحش اللئيم)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW pernah ditanya maksud ‘Utul dan Zanim [dalam surah al-Qalam ayat 13], jawab Baginda: Orang jahat lagi tercela.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1472, hadis nombor 7503. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن القاسم مولى معاوية قال: سئل رسول الله – صلى الله عليه وسلم – عن العتل الزنيم؟ قال: ((الفاحش اللئيم)). [ابن جرير، ((الضعيفة)) (3932)]

(Lemah)
Daripada al-Qasim mawla (hamba bebasan) Mu’awiyah, katanya: Rasulullah SAW pernah ditanya maksud ‘Utul dan Zanim [dalam surah al-Qalam ayat 13], jawab Baginda: Orang jahat lagi tercela.
[Riwayat Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3932]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

]