Rejab adalah bulan yang agung. Di dalamnya semua kebaikan dilipat gandakan oleh Allah SWT

TEKS BAHASA ARAB

رجب شهر عظيم يضاعف الله فيه الحسنات؛ فمن صام يوماً من رجب فكأنما صام سنة ومن صام منه سبعة أيام غلقت عنه سبعة أبواب جهنم ومن صام منه ثمانية أيام فتحت له ثمانية أبواب الجنة ومن صام منه عشرة أيام لم يسأل الله شيئاً إلا أعطاه إياه ومن صام منه خمسة عشر يوماً نادى مناد في السماء: قد غفر لك ما مضى فاستأنف العمل ومن زاد زاده الله عز وجل. وفي رجب حمل الله نوحاً في السفينة فصام رجب وأمر من معه أن يصوموا فجرت بهم السفينة ستة أشهر آخر ذلك يوم عاشوراء أهبط على الجودي فصام نوح ومن معه والوحش شكراً لله عز وجل. وفي يوم عاشوراء أفلق الله البحر لبني إسرائيل. وفي يوم عاشوراء تاب الله عز وجل على آدم صلى الله عليه وسلم وعلى مدينة يونس وفيه ولد إبراهيم صلى الله عليه وسلم .

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rejab adalah bulan yang agung. Di dalamnya semua kebaikan dilipat gandakan oleh Allah SWT. Barangsiapa berpuasa pada satu hari dalam bulan Rejab, maka (pahalanya) seakan-akan dia telah berpuasa selama setahun. Barangsiapa berpuasa selama tujuh hari, ditutupkan untuknya tujuh pintu neraka. Barangsiapa yang berpuasa selama lapan hari, dibukakan lapan pintu syurga untuknya. Barangsiapa yang berpuasa selama sepuluh hari, Allah SWT akan memberikan apa sahaja yang dia minta (berdoa). Barangsiapa yang berpuasa selama lima belas hari, suara dari langit berseru kepadanya: Dosa-dosamu yang lalu telah diampuni. Mulailah beramal. Brangsiapa yang menambah amal, maka Allah SWT meningkatkan pahalanya." Pada bulan Rejab juga Allah SWT membawa Nabi Nuh AS belayar dalam kapal. Nabi Nuh AS turut berpuasa dalam bulan Rejab dan Baginda memerintahkan semua orang yang ada bersamanya (di dalam kapal) agar berpuasa. Kapal itu belayar selama enam bulan, dan berhenti di gunung Judi pada hari Asyura. Maka Nabi Nuh AS dan orang-orang, serta binatang buas yang bersama Nabi Nuh AS di dalam kapal; berpuasa sebagai tanda mereka bersyukur kepada Allah SWT. Pada hari Asyura, Allah SWT membelah laut untuk Bani Israil, Allah menerima taubat Nabi Adam dan Nabi Ibrahim dilahirkan pada hari itu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1149, hadis nombor 5810. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن سعيد رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: رجب شهر عظيم يضاعف الله فيه الحسنات فمن صام يوماً من رجب فكأنما صام سنة ومن صام منه سبعة أيام غلقت عنه سبعة أبواب جهنم ومن صام منه ثمانية أيام فتحت له ثمانية أبواب الجنة ومن صام منه عشرة أيام لم يسأل الله شيئاً إلا أعطاه إياه ومن صام منه خمسة عشر يوماً نادى مناد في السماء: قد غفر لك ما مضى فاستأنف العمل ومن زاد زاده الله عز وجل. وفي رجب حمل الله نوحاً في السفينة فصام رجب وأمر من معه أن يصوموا فجرت بهم السفينة ستة أشهر آخر ذلك يوم عاشوراء أهبط على الجودي فصام نوح ومن معه والوحش شكراً لله عز وجل. وفي يوم عاشوراء أفلق الله البحر لبني إسرائيل. وفي يوم عاشوراء تاب الله عز وجل على آدم صلى الله عليه وسلم وعلى مدينة يونس وفيه ولد إبراهيم صلى الله عليه وسلم. [طب، الضعيفة (5413)]

(Palsu) Daripada Sa’id RA, beliau telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Rejab adalah bulan yang agung. Di dalamnya semua kebaikan dilipat gandakan oleh Allah SWT. Barangsiapa berpuasa pada satu hari dalam bulan Rejab, maka (pahalanya) seakan-akan dia telah berpuasa selama setahun. Barangsiapa berpuasa selama tujuh hari, ditutupkan untuknya tujuh pintu neraka. Barangsiapa yang berpuasa selama lapan hari, dibukakan lapan pintu syurga untuknya. Barangsiapa yang berpuasa selama sepuluh hari, Allah SWT akan memberikan apa sahaja yang dia minta (berdoa). Barangsiapa yang berpuasa selama lima belas hari, suara dari langit berseru kepadanya: Dosa-dosamu yang lalu telah diampuni. Mulailah beramal. Brangsiapa yang menambah amal, maka Allah SWT meningkatkan pahalanya." Pada bulan Rejab juga Allah SWT membawa Nabi Nuh AS belayar dalam kapal. Nabi Nuh AS turut berpuasa dalam bulan Rejab dan Baginda memerintahkan semua orang yang ada bersamanya (di dalam kapal) agar berpuasa. Kapal itu belayar selama enam bulan, dan berhenti di gunung Judi pada hari Asyura. Maka Nabi Nuh AS dan orang-orang, serta binatang buas yang bersama Nabi Nuh AS di dalam kapal; berpuasa sebagai tanda mereka bersyukur kepada Allah SWT. Pada hari Asyura, Allah SWT membelah laut untuk Bani Israil, Allah menerima taubat Nabi Adam dan Nabi Ibrahim dilahirkan pada hari itu. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5413]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs