Riba mempunyai 70 pintu. Yang paling ringan dosanya adalah seperti orang yang bernikah dengan ibunya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: الربا سبعون بابا، أصغرها كالذي ينكح أمه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Riba mempunyai 70 pintu, yang paling ringan adalah seperti orang yang bernikah dengan ibunya.

STATUS

Sanadnya Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 149-150, hadis nombor 36. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه العقيلي عن عبد الله سلام مرفوعا. وروى ابن حبان، من حديث ابن عباس بلفظ: من أكل درهما من ربا. فهو مثل ستة وثلاثين زنية، ومن نبت لحمه من السحت. فالنار أولى به. رواه ابن عدي من حديث أنس.
ورواه الدارقطني من حديث بنحو اللفظ الأول. ورواه أبو نعيم من حديث عائشة والعقيلي من حديثها أيضا. وأخرجه أحمد في مسنده من حديث عبد الله بن حنظلة. قال: قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم: درهم ربا يأكله الرجل وهو يعلم أشد من ستة وثلاثين زنية. وفي إسناده: حسين بن محمد بن بهرام. قال أبو حاتم: رأيته. ولم أسمع منه.
وأخرجه من حديث عبد الله بن حنظلة أيضا الدارقطني، بإسناد فيه ضعف وأخرجه أحمد من قول كعب موقفا. قال الدارقطني: وهذا أصح من المرفوع. انتهى. ولم يصب ابن الجوزي بإدخال هذا الحديث في الموضاعات. فحسين المذكور قد احتج به أهل الصحيح، وقد وثقه جماعة . وقد روى من طريق غيره عن جماعة من الصحابة منهم من تقدم. ومنهم البراء عند الطبراني وابن مسعود عند الحاكم في المستدرك وقال: صحيح على شرط الشيخين.

Al-Uqaily meriwayatkan daripada Abdullah bin Salam secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Ibn Hibban meriwayatkan daripada hadith Ibn Abbas dengan lafaz: Sesiapa yang makan satu dirham dari bahagian riba, maka dia seperti berzina 36 kali, sesiapa yang dagingnya tumbuh daripada suatu yang haram, maka neraka lebih sesuai untuknya.
Ibn Adi meriwayatkannya daripada Hadith Anas.
Al-Daraqutni meriwayatkannya dengan sebuah hadis yang serupa dengan lafaz yang pertama.
Abu Nuaim meriwayatkannya daripada hadith Aisyah RA, begitu juga dengan al-Uqaili.
Ahmad meriwayatkannya di dalam kitab Musnadnya melalui hadith Abdillah bin Hanzalah. Dia berkata: Nabi SAW bersabda: Satu dirham riba yang dimakan oleh seorang lelaki sedang dia mengetahui (hukumnya), adalah lebih teruk daripada berzina 36 kali.
Pada sanadnya terdapat perawi bernama Husain bin Muhammad bin Bahram. Abu Hatim berkata: Aku pernah melihatnya akan tetapi tidak pernah mendengar (hadith) darinya. Hadith Abdullah bin Hanzalah juga, diriwayatkan oleh al-Daraqutni dengan sanad padanya terdapat perawi daif manakala Ahmad meriwayatkannya daripada perkataan Ka’ab secara mawquf (terhenti kepada sahabat, tidak disandarkan kepada Nabi SAW). Al-Darqutni berkata: Dan ini lebih sahih daripada marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Tamat nukilan. Dan tidak betul Ibn al-Jauzi memasukkan hadith ini di dalam kitab al-Maudhu’at. Husain, perawi yang disebutkan tadi, diambil riwayatnya oleh pemilik kitab sahih (Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim dan lain-lain) dan dinilai sebagai perawi terpecaya oleh sekumpulan ulama hadith.
Diriwayatkan juga daripada jalur selainnya daripada sekumpulan sahabat sebahagiannya seperti disebutkan tadi. Dan diantara mereka adalah al-Bara di dalam riwayat al-Tabarani, Ibn Mas’ud di dalam Mustadrak oleh al-Hakim dan dia berkata: Sahih diatas syarat al-Bukhari dan Muslim.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs