(Rombongan) Abdul Qais telah memeluk Islam secara sukarela

TEKS BAHASA ARAB

أسلمت عبد القيس طوعا. وأسلم الناس كرها، فباركَ الله في عبد القيس وموالي عبدِ القيس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

(Rombongan) Abdul Qais telah memeluk Islam secara sukarela, sedangkan orang lain memeluk Islam secara terpaksa. Semoga Allah memberkati (rombongan) Abdul Qais dan semua hamba Abdul Qais.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 986, hadis nombor 5082. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سليمان بن نافع العبدي – بحلب -، قال: قال لي أبي: وفد المنذر بن ساوى من البحرين فذكر قدومه مع وفد عبد القيس، وفيه: فقال لهم النبي صلى الله عليه وسلم: ((أسلمتْ عبد ‌القيس ‌طوعا، وأسلم الناس كرها، فبارك الله في عبد القيس وموالي عبد القيس)). [ابن راهويه، ((الضعيفة)) (2770)]

(Lemah) Daripada Sulaiman bin Nafi’ al-‘Abdi di Halab (Aleppo, Syria), beliau berkata: Ayahku berkata kepadaku: al-Munzir bin Sawa telah tiba dari al-Bahrain. Lalu dia menceritakan ketibaannya bersama rombongan Abdul Qais dan dalam ceritanya, Nabi SAW ada bersabda kepada mereka: (Rombongan) Abdul Qais telah memeluk Islam secara sukarela, sedangkan orang lain memeluk Islam secara terpaksa. Semoga Allah memberkati (rombongan) Abdul Qais dan semua hamba Abdul Qais. [Riwayat Ibn Rahawaih dalam Musnadnya. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2770]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs