Rumah yang paling dicintai oleh Allah SWT adalah rumah-rumah yang ada di dalamnya anak yatim yang dimuliakan

TEKS BAHASA ARAB

أحب البيوت إلى الله، بيت فيه يتيم مكرم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rumah yang paling dicintai oleh Allah SWT adalah rumah-rumah yang ada di dalamnya anak yatim yang dimuliakan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 184, hadis nombor 944. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عمر – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -:((أحب البيوت إلى الله، بيت فيه يتيم مكرم)). [حل، القضاعي المخلص في ((الفوائد))، عق، طب، عد، الخرائطي في ((المكارم))، ابن بشران، السلفي في ((الطيوريات))، ((الضعيفة)) (1636)]

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Rumah yang paling dicintai oleh Allah SWT adalah rumah-rumah yang ada di dalamnya anak yatim yang dimuliakan.
[Riwayat Abu Nu'aym dalam al-Hilyah, al-Quda’ie al-Mukhallis dalam al-Fawaid, al-‘Uqaylī dalam al-Du’afa’ al-Kabir, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi al-Du’afa’, al-Khara’itiy dalam al-Makarim, Ibn Bishran dan al-Salafi dalam al-Tuyuriyyat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1636]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs