Sebaik-baik manusia adalah dua jenis orang

TEKS BAHASA ARAB

أفضل الناس رجلان: رجل غزا في سبيل الله حتى يهبط موضعا يسوء العدو، ورجل ناحية البادية يقيم الصلوات الخمس، ويؤدي حق ماله، ويعبد ربه حتى يأتيه اليقين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik manusia adalah dua jenis orang (iaitu): Seorang lelaki yang berperang di jalan Allah lalu dia berjaya mendarat di sebuah tempat yang mengacau-bilaukan musuh, serta seorang lelaki yang berada di tempat terpencil, dia mendirikan solat fardu lima waktu, menunaikan hak hartanya (zakat) dan sentiasa beribadah kepada Tuhannya sehingga datang kepadanya kematian.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 986, hadis nombor 5084. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن القلوص أن شهاب بن مدلج نزل البادية فساب ابنه رجلا؛ فقال: يا ابن الذي تعرب بعد الهجرة، فأتى شهاب المدينة، ‌فلقي ‌أبا هريرة فسمعه يقول: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((أفضل الناس رجلان: رجل غزا في سبيل حتى يهبط موضعا يسوء العدو، ورجل بناحية البادية يقيم الصلوات الخمس، ويؤدي حق ماله، ويعبد ربه حتى يأتيه اليقين)). فجثا على ركبتيه، قال: أنت سمعته من رسول الله صلى الله عليه وسلم يا أبا هريرة، يقول له (!)، قال: نعم، فأتى باديته، فأقام بها. [حم، ((الضعيفة)) (2846)]

(Lemah) Daripada dari al-Qalus, beliau berkata bahawasanya Syihab bin Mudlij singgah di suatu perkampungan badwi, lalu anaknya memaki seorang lelaki dengan berkata: “Wahai anak orang yang menjadi Arab selepas hijrah!”, kemudian Syihab datang ke Madinah dan bertemu dengan Abu Hurairah, dia mendengar Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Sebaik-baik manusia adalah dua jenis orang (iaitu): Seorang lelaki yang berperang di jalan Allah lalu dia berjaya mendarat di sebuah tempat yang mengacau-bilaukan musuh, serta seorang lelaki yang berada di tempat terpencil, dia mendirikan solat fardu lima waktu, menunaikan hak hartanya (zakat) dan sentiasa beribadah kepada Tuhannya sehingga datang kepadanya kematian)). Lalu Syihab bin Mudlij terduduk di atas lututnya seraya berkata: “Benarkah engkau mendengarnya dari Rasulullah SAW wahai Abu Hurairah?” Abu Hurairah menjawab: “Ya”. kemudian dia datang ke perkampungan badwinya dan bermukim di sana. [Riwayat Ahmad dalam Musnadnya. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2846]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs