Sebaik-baik permainan bagi seorang wanita adalah alat menjahit

TEKS BAHASA ARAB

علموا أبناءكم السباحة والرماية، ونعم لهو المؤمنة مغزلها، وإذا دعاك أبواك فأجب أمك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ajarkanlah anak-anak kamu berenang dan memanah, dan sebaik-baik permainan bagi seorang wanita yang beriman adalah alat menjahitnya. Jika dipanggil oleh kedua-dua ibubapamu (secara serentak), maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 791, hadis nombor 4068. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن بكر بن عبد الله بن ربيع الأنصاري رضي الله عنه مرفوعاً: علموا أبناءكم ‌السباحة ‌والرماية، ونعم لهو المؤمنة مغزلها، وإذا دعاك أبواك فأجب أمك.
[فر، (الضعيفة) (3876)]

(Lemah)
Daripada Bakr bin Abdullah bin Rabi’ al-Ansari RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ajarkanlah anak-anak kamu berenang dan memanah, dan sebaik-baik permainan bagi seorang wanita yang beriman adalah alat menjahitnya. Jika dipanggil oleh kedua-dua ibubapamu (secara serentak), maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3876]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs