Sebaik-baik rumah dalam kalangan umat Islam adalah rumah yang terdapat padanya ada anak yatim yang dijaga dengan baik

TEKS BAHASA ARAB

خير بيت في المسلمين، بيت فيه يتيم يحسن إليه، وشر بيت في المسلمين، بيت فيه يتيم يساء إليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik rumah dalam kalangan umat Islam adalah rumah yang terdapat padanya ada anak yatim yang dijaga dengan baik. Dan seburuk-buruk rumah dalam kalangan umat Islam adalah rumah yang terdapat padanya ada anak yatim yang dijaga dengan buruk.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 190, hadis nombor 975. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – عن النبي – صلى الله عليه وسلم -: ((خير بيت في المسلمين، بيت فيه يتيم يحسن إليه، وشر بيت في المسلمين، بيت فيه يتيم يساء إليه)).
[ه، ابن المبارك، خد، ((الضعيفة)) (‌‌‌‌1637)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW: Sebaik-baik rumah dalam kalangan umat Islam adalah rumah yang terdapat padanya ada anak yatim yang dijaga dengan baik. Dan seburuk-buruk rumah dalam kalangan umat Islam adalah rumah yang terdapat padanya ada anak yatim yang dijaga dengan buruk.
[Riwayat Ibn Majah, Ibn al-Mubarak dan al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad. Lihat Silsilah al-Da‘Īfah; no. 1637]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs