Sedikit kefahaman itu lebih baik daripada banyaknya ibadah

TEKS BAHASA ARAB

قليل الفقه خير من كثيرالعبادة، وكفى بالمرء فقها إذا عبد الله، وكفى بالمرء جهلا إذا أعجب برأيه، إنما الناس رجلان: مؤمن وجاهل، فلا يؤذى المؤمن، ولا يجاور الجاهل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sedikit kefahaman itu lebih baik daripada banyaknya ibadah. Cukuplah seseorang itu (dikira) faham apabila dia menyembah Allah dan cukuplah seseorang itu (dikira) jahil apabila dia merasa ujub dengan pendapatnya. Hanya sanya manusia itu ada dua golongan; orang mukmin dan orang jahil. Orang mukmin itu tidak disakiti manakala orang jahil itu pula tidak didampingi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 506, hadis nombor 2699. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو – رضي الله عنهما – مرفوعا: «قليل الفقه خير من كثيرالعبادة، وكفى بالمرء فقها إذا عبد الله، وكفى بالمرء جهلا إذا أعجب برأيه، إنما الناس رجلان: مؤمن وجاهل، فلا يؤذى المؤمن، ولا يجاور الجاهل». [تخ، طس، تمام، الحوراني في «جزئه»، حل، الخطيب في «الموضح»، ابن جميع في «معجم شيوخه»، «الضعيفة» (5155)].

(Lemah) Daripada Abdullah bin ‘Amr RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sedikit kefahaman itu lebih baik daripada banyaknya ibadah. Cukuplah seseorang itu (dikira) faham apabila dia menyembah Allah dan cukuplah seseorang itu (dikira) jahil apabila dia merasa ujub dengan pendapatnya. Hanya sanya manusia itu ada dua golongan; orang mukmin dan orang jahil. Orang mukmin itu tidak disakiti manakala orang jahil itu pula tidak didampingi". [Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat, Tammam dalam al-Fawa’id, al-Hawrani dalam Juzu'nya, Abu Nu'aym dalam al-Hilyah, al-Khatib dalam al-Muwaddih dan Ibn Jami' dalam Mu'jam Shuyukhnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5155].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs