Sekiranya aku mampu, nescaya aku akan menyembunyikan auratku

TEKS BAHASA ARAB

لو استطعت لأخفيت عورتي من شعاري.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya aku mampu, nescaya aku akan menyembunyikan auratku dari pakaian dalamku.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 226, hadis nombor 1201. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن القاسم أن رجلا قال لأبي هريرة: إن رجالا يعرون نساءهم؛ يأمرونهن يمشين بين أيديهم؟ ثم قال: سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: (( لو استطعت لأخفيت عورتي من شعاري )). [الطبراني في ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (5566)]

(Palsu)
Daripada al-Qasim, bahawa seorang lelaki berkata kepada Abu Hurairah: Sesungguhnya terdapat golongan lelaki yang menelanjangkan isteri-isteri mereka dan mereka menyuruh supaya isteri-isteri mereka itu berjalan di hadapan mereka. Kemudian beliau berkata: Sesungguhnya aku telah mendengar bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya aku mampu, nescaya aku akan menyembunyikan auratku dari pakaian dalamku.
[Riwayat al-Tabarani dalam Musnad al-Syamiyyin. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 5566]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs