Sekiranya binatang-binatang itu mengetahui tentang kematian sepertimana kalian mengetahuinya

TEKS BAHASA ARAB

لو علمت البهائم من الموت ما تعلمون؛ ما أكلتم منها سمينا أبدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya binatang-binatang itu mengetahui tentang kematian sepertimana kalian mengetahuinya, nescaya kalian tidak akan dapat makan seekor pun binatang yang gemuk dari kalangan mereka buat selamanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 439-440, hadis nombor 2355. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد – رضي الله عنه -، قال: مر رسول الله ﷺ بظبية مربوطة إلى خباء، فقالت: يا رسول الله! حلني حتى أذهب فأرضع خشفي، ثم أرجع فتربطني. فقال رسول الله ﷺ: «صيد قوم وربيطة قوم». قال: فأخذ عليها، فحلفت له، فحلها، فما مكثت إلا قليلا حتى جاءت وقد نفضت ما في ضرعها، فربطها رسول الله ﷺ، ثم أتى خباء أصحابها، فاستوهبها منهم، فوهبوها له، فحلها، ثم قال رسول الله ﷺ: «لو علمت البهائم من الموت ما تعلمون؛ ما أكلتم منها سمينا أبدا». [البيهقي في «دلائل النبوة»، «الضعيفة» (6738)].

(Lemah) Daripada Abu Sa’id RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ melintasi seekor rusa yang tertambat pada sebuah khemah. Lalu rusa itu berkata: “Wahai Rasulullah! Lepaskan aku agar aku dapat pergi menyusukan anakku, kemudian aku akan kembali dan kamu tambat aku semula.” Rasulullah ﷺ pun menjawab: “(Kamu ialah) buruan orang dan tambatan orang.” Abu Sa’id berkata: “Lalu Baginda meminta sumpah rusa itu, lalu ia pun bersumpah kepada Baginda, lantas Baginda melepaskannya. Ia tidak mengambil masa yang lama untuk ia kembali semula dalam keadaan isi kantung susunya sudah susut. Rasulullah ﷺ pun menambatnya semula. Kemudian Baginda pergi ke khemah pemilik-pemilik rusa itu dan meminta kepada mereka agar ia dihadiahkan kepada Baginda. Lalu mereka pun menghadiahkannya kepada Baginda, lantas Baginda melepaskannya. Kemudian Rasulullah ﷺ bersabda: “Sekiranya binatang-binatang itu mengetahui tentang kematian sepertimana kalian mengetahuinya, nescaya kalian tidak akan dapat makan seekor pun binatang yang gemuk dari kalangan mereka buat selamanya.” [Riwayat al-Bayhaqī dalam Dalā’il al-Nubuwwah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6738].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs