Sekiranya dia reda dengannya membenarkan perlakuan dosa itu

TEKS BAHASA ARAB

الذنب شؤم على غير فاعله، إن عيره ابتلي به، وإن اغتابه أثم، وإن رضي به شاركه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dosa itu adalah suatu perkara buruk kepada selain pelakunya. Sekiranya seseorang itu mencelanya, dia akan diuji dengannya. Sekiranya dia mengumpatnya dia berdosa. Dan sekiranya dia reda dengannya (membenarkan perlakuan dosa itu), maka dia (dikira) menyertainya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 790, hadis nombor 4061. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس رضي الله عنه مرفوعاً: الذنب شؤم على غير فاعله، إن عيره ابتلي به، وإن اغتابه أثم، وإن رضي ‌به ‌شاركه.
[فر، (الضعيفة) (3629)]

(Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dosa itu adalah suatu perkara buruk kepada selain pelakunya. Sekiranya seseorang itu mencelanya, dia akan diuji dengannya. Sekiranya dia mengumpatnya dia berdosa. Dan sekiranya dia reda dengannya (membenarkan perlakuan dosa itu), maka dia (dikira) menyertainya.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3629]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs