Sekiranya rongga kamu dipenuhi dengan nanah, itu lebih baik daripada dipenuhi oleh syair yang kamu lagukan

TEKS BAHASA ARAB

لأن يمتلىء جوف أحدكم قيحا، خير له من أن يمتلىء شعرا هجيت به.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya rongga salah seorang kamu dipenuhi dengan nanah, itu lebih baik daripada dipenuhi oleh syair yang kamu lagukan.

STATUS

Batil dengan Tambahan: Syair yang kamu lagukan

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 182, hadis nombor 929. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل بزيادة هجيت به) عن جابر بن عبدالله – رضي الله عنهما – عن النبي – صلى الله عليه وسلم -: ((لأن يمتلىء جوف أحدكم قيحا، خير له من أن يمتلىء شعرا هجيت به)). [عق، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1111)]

(Batil dengan Tambahan: Syair yang kamu lagukan)
Daripada Jabir bin ‘Abdullah RA bahawa Nabi SAW bersabda: Sekiranya rongga salah seorang kamu dipenuhi dengan nanah, itu lebih baik daripada dipenuhi oleh syair yang kamu lagukan.
[Riwayat al-'Uqayli dalam al-Du’afa’ al-Kabir dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1111]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs