Sekiranya salah seorang kamu menikahkan hambanya atau pekerja upahannya

TEKS BAHASA ARAB

إذا أنكح أحدكم عبده أو أجيره، فلا ينظرن إلى شيء من عورته، فإن أسفل من سرته إلى ركبتيه من عورته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya salah seorang kamu menikahkan hambanya atau pekerja upahannya, janganlah sesekali dia melihat ke arah sedikit pun daripada auratnya. Sesungguhnya bahagian bawah pusatnya sehingga ke dua lututnya termasuk sebahagian daripada auratnya.

STATUS

Daif Muttarib

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 172, hadis nombor 863. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف مضطرب)
عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنه- مرفوعا: إذا أنكح أحدكم عبده أو أجيره، فلا ينظرن إلى شيء من عورته، فإن أسفل من سرته إلى ركبتيه من عورته.
[حم، قط، عق، هق، خط، د، ((الضعيفة)) (956)]

(Da’if Muttarib)
Daripada Abdullah bin ‘Amru – Raḍiyallāhu ‘anhu – secara Marfu’: Sekiranya salah seorang kamu menikahkan hambanya atau pekerja upahannya, janganlah sesekali dia melihat ke arah sedikit pun daripada auratnya. Sesungguhnya bahagian bawah pusatnya sehingga ke dua lututnya termasuk sebahagian daripada auratnya.
[Riwayat Ahmad dalam Musnad, al-Daraqutni dalam Sunan, al-’Uqaili dalam al-Dhu’afa’ al-Kabir, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, al-Khatib dalam Tarikh Baghdad, Abu Daud dalam Sunan . Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 956]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs