TEKS BAHASA ARAB
حديث: لعن الله الداخل فينا بغير نسب والخارج منا بغير سبب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: “Semoga Allah melaknat orang yang masuk pada kami tanpa nasab keturunan dan yang keluar dari kami tanpa sebab.”
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 146, hadis nombor 427. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
حَدِيث: لعن الله الدَّاخِل فِينَا بِغَيْر نسب، وَالْخَارِج منا بِغَيْر سَبَب. مَوْضُوع بِهَذَا اللَّفْظ وشواهده ثَابِتَة كَحَدِيث: " من ادّعى إِلَى غير أَبِيه وَهُوَ يعلم أَنه غير أَبِيه، فالجنة عَلَيْهِ حرَام ".
Hadith: “Semoga Allah melaknat orang yang masuk pada kami tanpa nasab keturunan dan yang keluar dari kami tanpa sebab.”
Palsu dengan lafaz ini akan tetapi ada riwayat sokongan yang thabit seperti hadith: sesiapa yang mendakwa anak kepada seseorang yang bukan ayahnya, sedangkan dia mengetahui bahawa ia bukan ayahnya, maka syurga haram keatasnya.”
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.