Semoga Allah membalas kebaikan padamu, wahai 'Aishah!

TEKS BAHASA ARAB

كنت قاعدة أغزل، والنبي – صلى الله عليه وسلم – يخصف نعله، فجعل جبينه يعرق، وجعل عرقه يتولد نورا، فبهت، فنظر إلي رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فقال: ((ما لك يا عائشة! بهت؟)) قلت: جعل جبينك يعرق، وجعل عرقك يتولد نورا، ولو رآك أبو كبير الهذلي لعلم أنك أحق بشعره. قال: ((وما يقول أبو كبير؟)).
قالت: قلت: يقول:
ومبرأ من كل غبر حيضة وفساد مرضعة وداء مغيل
فإذا نظرت إلى أسرة وجهه برقت كبرق العارض المتهلل
قالت: فقام النبي – صلى الله عليه وسلم – وقبل بين عيني، وقال: ((جزاك الله – يا عائشة – خيرا، ما سررت مني كسروري منك)) .

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semoga Allah membalas kebaikan padamu, wahai ‘Aishah! Tidaklah kegembiraanmu terhadapku sama seperti kegembiraanku terhadapmu.

STATUS

Dusta lagi palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1474, hadis nombor 7514. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(كذب موضوع) عن عائشة – رضي الله عنها – قالت: كنت قاعدة أغزل، والنبي – صلى الله عليه وسلم – يخصف نعله، فجعل جبينه يعرق، وجعل عرقه يتولد نورا، فبهت، فنظر إلي رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فقال: ((ما لك يا عائشة! بهت؟)) قلت: جعل جبينك يعرق، وجعل عرقك يتولد نورا، ولو رآك أبو كبير الهذلي لعلم أنك أحق بشعره. قال: ((وما يقول أبو كبير؟)).
قالت: قلت: يقول:
ومبرأ من كل غبر حيضة وفساد مرضعة وداء مغيل
فإذا نظرت إلى أسرة وجهه برقت كبرق العارض المتهلل
قالت: فقام النبي – صلى الله عليه وسلم – وقبل بين عيني، وقال: ((جزاك الله – يا عائشة – خيراً، ما سررت مني كسروري منك)) . [هق، خط، المزي، ((الضعيفة)) (4144)]

(Dusta Lagi Palsu)
Daripada ‘Aishah RA, katanya: Pernah aku sedang duduk memintal, ketika itu Nabi SAW sedang membaiki selipar Baginda, tiba-tiba dahi Baginda berpeluh, peluh itu pun mengeluarkan cahaya menyebabkan aku menjadi pucat, lalu Rasulullah SAW pun melihat kepadaku, Baginda bersabda: "Mengapa kamu pucat, wahai ‘Aishah?", aku menjawab: "Dahi kamu berpeluh dan peluh kamu mengeluarkan cahaya. Kalaulah Abu Kabir al-Huzali melihatmu, pasti dia mengetahui bahawa kamulah yang berhak terhadap syairnya", Baginda bertanya: "Apakah yang Abu Kabir katakan?", ‘Aishah menjawab: "Aku berkata: Abu Kabir berkata:
"Dan terlepas daripada setiap kotoran wanita haid, kerosakan wanita yang menyusu, penyakit wanita menyusu yang sedang hamil. Apabila engkau memandang ke garis-garis pada wajahnya, nescaya ia bersinar seperti awan yang dipenuhi kilat (petir)".
‘Aishah berkata: Nabi SAW pun berdiri dan Baginda mengucup antara dua mataku seraya bersabda: "Semoga Allah membalas kebaikan padamu, wahai ‘Aishah! Tidaklah kegembiraanmu terhadapku sama seperti kegembiraanku terhadapmu".
[Riwayat al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan al-Mizzi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4144]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs