TEKS BAHASA ARAB
حديث: رحم الله من زارني وزمام ناقته بيده.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Semoga Allah merahmati orang yang menziarahiku dalam keadaan tali kekang untanya masih berada ditangannya.
STATUS
Tidak Ada Asal Dengan Lafaz Tersebut
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 88, hadis nombor 222. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن حجر: لا أصل له بهذا اللفظ.
Ibn Hajar berkata: Tiada asalnya dengan lafaz ini.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.