Semoga Allah merahmati wanita-wanita yang memakai seluar

TEKS BAHASA ARAB

رحم الله المتسرولات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semoga Allah merahmati wanita-wanita yang memakai seluar.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1622, hadis nombor 8193. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: بينا رسول الله – صلى الله عليه وسلم – جالس على باب من أبواب المسجد مرت امرأة على دابة، فلما حاذت النبي – صلى الله عليه وسلم -؛ وتكشفت، فقيل: يا رسول الله! إن عليها سراويل، فقال: ((رحم الله المتسرولات)). [هب، ((الضعيفة)) (3252)].

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Ketika Rasulullah SAW duduk di salah satu pintu masjid, telah lalu seorang wanita yang menunggang binatang tunggangannya. Lalu apabila binatang itu berjalan menghampiri Nabi, ia tersadung, lalu Nabi SAW berpaling, kerana (kain) wanita itu tersingkap, lalu dikatakan pada baginda: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya wanita itu memakai seluar, lalu baginda bersabda: "Semoga Allah merahmati wanita-wanita yang memakai seluar."))
[Riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3252].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs