Seorang hamba berjanji kepada-Ku, dan Aku yang paling benar dalam menunaikan janji,

TEKS BAHASA ARAB

من قرأ شهد الله أنه لا إله إلا هو والملائكة . . إلى قوله : إن الدين عند الله الإسلام فقال : وأنا أشهد بما شهد الله به ، أستودع الله هذه الشهادة ، وهي لي عند الله عهد – ؛ يؤتى بصاحبها يوم القيامة ، فيقول الله تعالى : عبد عهد إلي ، وأنا أحق من وفى بالعهد ، أدخلوا عبدي الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Siapa yang membaca ayat {Allah bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Dia dan Malaikat…} (Surah ali Imran 3:18) sehinggalah ayat {sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam} (ayat 19), lalu dia berkata: “Dan aku bersaksi dengan apa yang disaksikan Allah, aku menyimpan persaksianku ini di sisi Allah, dan ia di sisi Allah sebagai satu janji”; kata-kata ini akan dibawa dengan yang berkatanya pada hari Kiamat. Lalu Allah taala berkata: “Seorang hamba berjanji kepada-Ku, dan Aku yang paling benar dalam menunaikan janji, masukkanlah hamba-Ku ke syurga".

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 553, hadis nombor 2881. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من قرأ {شهد الله أنه لا إله إلا هو والملئكة…} إلى قوله: {إن الدين عند الله الإسلام} فقال: وأنا أشهد بما شهد الله به، أستودع الله هذه الشهادة، وهي لي عند الله عهد-؛ يؤتى بصاحبها يوم القيامة، فيقول الله -تعالى -: عبد عهد إلي، وأنا أحق من وفى بالعهد، أدخلوا عبدي الجنة)).
[عق، ((الضعيفة)) (6239)]

(Munkar)
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Siapa yang membaca ayat {Allah bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Dia dan Malaikat…} (Surah ali Imran 3:18) sehinggalah ayat {sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam} (ayat 19), lalu dia berkata: “Dan aku bersaksi dengan apa yang disaksikan Allah, aku menyimpan persaksianku ini di sisi Allah, dan ia di sisi Allah sebagai satu janji”; kata-kata ini akan dibawa dengan yang berkatanya pada hari Kiamat. Lalu Allah taala berkata: “Seorang hamba berjanji kepada-Ku, dan Aku yang paling benar dalam menunaikan janji, masukkanlah hamba-Ku ke syurga.”
[Riwayat al-‘Uqaili dalam kitab al-Du‘afa’ al-Kabir. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6239]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs