Seorang hamba itu tidak akan menjadi faqih dengan sebenar-benar kefaqihan sehinggalah dia membenci manusia kerana Allah SWT

TEKS BAHASA ARAB

لا يفقه العبد كل الفقه حتى يبغض الناس في ذات الله ثم يرجع إلى نفسه فتكون أمقت عنده من الناس أجمعين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang hamba itu tidak akan menjadi faqih dengan sebenar-benar kefaqihan sehinggalah dia membenci manusia kerana Allah SWT, kemudian dia berpatah kembali pada dirinya dan ia menjadi manusia yang paling dia benci berbanding keseluruhan manusia.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 118, hadis nombor 612. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن جابر رضي الله عنه رفعه: لا يفقه العبد كل الفقه حتى يبغض الناس في ذات الله ثم يرجع إلى نفسه فتكون أمقت عنده من الناس أجمعين. [فر، الضعيفة (5708)]

(Munkar) Daripada Jābir RA, beliau memarfū‘kannya (menyandarkannya kepada Nabi SAW): Seorang hamba itu tidak akan menjadi faqih dengan sebenar-benar kefaqihan sehinggalah dia membenci manusia kerana Allah SWT, kemudian dia berpatah kembali pada dirinya dan ia menjadi manusia yang paling dia benci berbanding keseluruhan manusia. [Diriwayatkan oleh al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.5708]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs