Seorang mukmin itu nafsu syahwatnya telah diikat oleh Al-Quran supaya keinginannya tidak membinasakannya

TEKS BAHASA ARAB

يا معاذ إن المؤمن لدى الحق أسير إن المؤمن قيده القرآن عن كثير من شهواته وأن يهلك فيما يهوى. يا معاذ إن المؤمن لا تسكن روعته ولا اضطرابه حتى يخلف الجسر وراء ظهره فالقرآن دليله والخوف محجته والشوق مطيته والصلاة كهفه والصوم جنته والصدقة فكاكه والصدق أميره والحياء وزيره وربه وراء ذلك بالمرصاد. يا معاذ! إن المؤمن يسأل يوم القيامة عن جميع سعيه حتى كحل عينيه. يا معاذ! إني أحب لك ما أحب لنفسي وأنهيت إليك ما أنهى إلي جبريل فلا ألفينك تأتي يوم القيامة وأحد أسعد بما آتاه الله منك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Mu‘ādh, sesungguhnya orang yang beriman itu menjadi tawanan kepada kebenaran. Al-Quran telah mengikat banyak daripada syahwatnya supaya keinginannya tidak membinasakannya. Wahai Mu’az! Mukmin itu tidak akan tenang ketakutannya dan kegusarannya sehingga dia meninggalkan jambatan di belakangnya. Al-Quran itu panduannya, takut itu sebagai laluannya. Kerinduan itu adalah tunggangannya. Solat itu guanya, puasa itu perisainya, sedekah itu adalah bayarannya, jujur itu ketuanya, malu itu penemannya danTuhannya sebagai penjaga di sebalik semua itu. Wahai Mu’az, sesungguhnya orang yang beriman akan ditanya tentang semua perbuatannya termasuk celak matanya. Wahai Mu’az, sesungguh aku perintahkan kamu untuk suka seperti mana aku diperintahkan. Aku telah menyampaikan kepada engkau terhadap apa yang Jibril telah sampaikan kepada aku. Janganlah aku mendapati kamu datang pada hari kiamat dalam keadaan orang lain lebih berbahagia dengan apa yang Allah SWT kurniakannya daripadamu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 120, hadis nombor 617. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاذ بن جبل رضي الله عنه مرفوعا: يا مُعَاذُ إنَّ المؤمنَ لدى الحقِّ أسِيرٌ إن المؤمنَ قيَّده القراَنُ عن كثيرٍ من شَهَوَاتِهِ وأن يهلَكَ فيما يهوى. يا معاذ! المؤمنَ لا تَسْكُنُ روعَتُهُ ولا اضطرابُهُ حتى يخلفَ الجِسْرَ وراءَ ظَهْرِهِ فالقراَنُ دَلِيلُهُ والخوفُ مَحَجَّتُهُ والشوْقُ مطيَّتُهُ والصلاةُ كهفُهُ والصومُ جنتُه والصدقةُ فكاكُه والصِّدْقُ أميرُه والحياءُ وزيره ورَبُّهُ وراءَ ذلك بالمرصاد. يا معاذ! إنَّ المؤمنَ يُسْألُ يومَ القيامةِ عن جَميع سَعْيِهِ؛ حتى كُحْلِ عينيهِ. يا معاذُ! إنِّي أحبُّ لك ما أحبُّ لنَفْسِي وأنهيتُ إليكَ ما أنهى إليَّ جبريلُ فلا أَلفَيَنَّكَ تأتي يومَ القيامةِ وأَحَدٌ أسعدُ بما آتاه اللهُ منكَ. [حل، الضعيفة (5685)]

(Lemah) Daripada Mu‘ādh ibn Jabal RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Wahai Mu‘ādh, sesungguhnya orang yang beriman itu menjadi tawanan kepada kebenaran. Al-Quran telah mengikat banyak daripada syahwatnya supaya keinginannya tidak membinasakannya. Wahai Mu’az! Mukmin itu tidak akan tenang ketakutannya dan kegusarannya sehingga dia meninggalkan jambatan di belakangnya. Al-Quran itu panduannya, takut itu sebagai laluannya. Kerinduan itu adalah tunggangannya. Solat itu guanya, puasa itu perisainya, sedekah itu adalah bayarannya, jujur itu ketuanya, malu itu penemannya danTuhannya sebagai penjaga di sebalik semua itu. Wahai Mu’az, sesungguhnya orang yang beriman akan ditanya tentang semua perbuatannya termasuk celak matanya. Wahai Mu’az, sesungguh aku perintahkan kamu untuk suka seperti mana aku diperintahkan. Aku telah menyampaikan kepada engkau terhadap apa yang Jibril telah sampaikan kepada aku. Janganlah aku mendapati kamu datang pada hari kiamat dalam keadaan orang lain lebih berbahagia dengan apa yang Allah SWT kurniakannya daripadamu. [Diriwayatkan oleh Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5685]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs