Seorang pembunuh tidak meninggalkan apa-apa dosa

TEKS BAHASA ARAB

حديث: ما ترك القاتل على المقتول من ذنب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Seorang pembunuh tidak meninggalkan apa-apa dosa bagi orang yang dibunuhnya.

STATUS

Tidak sabit lafaznya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 158, hadis nombor 470. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لفظه ليس بثابت.
وأما معناه فصحيح، كما أخرجه ابن حبان عن ابن عمر مرفوعا، بلفظ إن السيف محاء للخطايا.

Lafaznya tidak sabit akan tetapi maksudnya betul. Adapun maksudnya pula betul sebagaimana yang telah dikeluarkan oleh Ibn Hibban daripada Ibn ‘Umar secara marfu’ dengan lafaz: “Sesungguhnya pedang itu (hukuman bunuh balas) adalah penghapus kesalahan”.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs