Sesiapa dari kalangan kamu yang tidak mempunyai kecepatan, maka dia tidak akan masuk ke dalam syurga melainkan dalam keadaan lambat

TEKS BAHASA ARAB

من لم يكن له منكم فرط لم يدخل الجنة إلا تصريداً. فقال رجل: يا رسول الله ما لكلنا فرط؟ قال: أوليس من فرط أحدكم أن يفقد أخاه المسلم؟.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa dari kalangan kamu yang tidak mempunyai kecepatan, maka dia tidak akan masuk ke dalam syurga melainkan dalam keadaan lambat. Maka seorang lelaki telah bertanya: Wahai Rasulullah, tidaklah setiap kami memiliki kecepatan? Baginda SAW telah menjawab: Bukankah daripada sifat cepat salah seorang kamu itu dia merasa kehilangan saudara semuslimnya?

STATUS

Sanadnya Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 117, hadis nombor 605. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(إسناده ضعيف جدا) عن سهل بن حنيف رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من لم يكن له منكم فرط لم يدخل الجنة إلا تصريداً. فقال رجل: يا رسول الله ما لكلنا فرط؟ قال: أوليس من فرط أحدكم أن يفقد أخاه المسلم؟. [طس، الضعيفة (5894، 6000)]

(Sanadnya Sangat Lemah) Daripada Sahl bin Hanif RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa dari kalangan kamu yang tidak mempunyai kecepatan, maka dia tidak akan masuk ke dalam syurga melainkan dalam keadaan lambat. Maka seorang lelaki telah bertanya: Wahai Rasulullah, tidaklah setiap kami memiliki kecepatan? Baginda SAW telah menjawab: Bukankah daripada sifat cepat salah seorang kamu itu dia merasa kehilangan saudara semuslimnya? [Diriwayatkan oleh al-Ṭabarānī dalam Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5894, 6000]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs