Sesiapa yang berasa gembira untuk ditimbang dengan timbangan yang mencukupi daripada pahala pada hari kiamat kelak

TEKS BAHASA ARAB

من سره أن يكتال بالمكيال الأوفى من الأجر يوم القيامة، فليقل آخر مجلسه حين يريد أن يقوم: {سبحان ربك رب العزة عما يصفون وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين}. [الصافات:180-182]

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berasa gembira untuk ditimbang dengan timbangan yang mencukupi daripada pahala pada hari kiamat kelak, hendaklah dia membaca pada penghujung majlisnya ketika dia hendak beredar: {Maha Suci Tuhanmu Yang mempunyai keperkasaan dari apa yang mereka katakan. Dan kesejahteraan dilimpahkan atas para rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam}. [Surah as-Saffat: 180-182]

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 244, hadis nombor 1276. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الشعبي، قال: قال رسول اللہ – صلى الله عليه وسلم -: ((من سره أن يكتال بالمكيال الأوفى من الأجر يوم القيامة؛ فليقل آخر مجلسه حين يريد أن يقوم: {سبحان ربك رب العزة عما يصفوت له وسلم على المرسلين له والحمد لله رب العلمين}. [الصافات: 180-182]. [ابن أبي حاتم في ((التفسير))، ((الضعيفة)) (6530)]

(Lemah)
Daripada al-Sya’bi beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berasa gembira untuk ditimbang dengan timbangan yang mencukupi daripada pahala pada hari kiamat kelak, hendaklah dia membaca pada penghujung majlisnya ketika dia hendak beredar: {Maha Suci Tuhanmu Yang mempunyai keperkasaan dari apa yang mereka katakan. Dan kesejahteraan dilimpahkan atas para rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam}. [Surah as-Saffat:180-182] [Riwayat Ibn Abi Hatim dalam al-Tafsir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 6530]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs