Sesiapa yang berdoa untuk orang zalim

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من دعا لظالم بطول البقاء فقد أحب أن يعصى الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang berdoa untuk orang zalim agar diberikan umur panjang, bermakna dia suka Allah dibangkang.

STATUS

Tidak sabit secara marfu’

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 182, hadis nombor 565. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذكره الغزالي في الإحياء، والزمخشري في تفسيره، ولم يثبت مرفوعا، بل قال ابن الجوزي: وكل ما يروى في معناه موضوع.

Al-Ghazali telah menyebutkannya dalam al-Ihya’ dan al-Zamakhshari dalam tafsirnya. Tidak sabit secara marfu’. Bahkan Ibn al-Jauzi berkata: Setiap hadith yang diriwayatkan semakna dengannya adalah palsu.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs