Sesiapa yang bersumpah, lalu dia melihat ada yang lebih baik, maka tinggalkanlah ia

TEKS BAHASA ARAB

من حلف على يمين، فرأى غيرها خيرا منها، فليتركها، فإن ‌تركها ‌كفارتها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang bersumpah, lalu dia melihat ada yang lebih baik, maka tinggalkanlah ia. Jika dia meninggalkannya maka itu adalah kaffarah baginya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 774, hadis nombor 3958. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن عمرو – رضي الله عنهما – أن النبي ﷺ قال: ((من حلف على يمين، فرأى غيرها خيرا منها، فليتركها، فإن ‌تركها ‌كفارتها)) .[ه، ((الضعيفة)) (1365)]

(Munkar) Daripada Abdullah bin Amru RA bahawa Nabi SAW berkata: Sesiapa yang bersumpah, lalu dia melihat ada yang lebih baik, maka tinggalkanlah ia. Jika dia meninggalkannya maka itu adalah kaffarah baginya. [Riwayat Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1365]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs