Sesiapa yang lapar dan memerlukan kepada makanan lalu dia menyembunyikannya dari orang ramai sehingga dia mengadukannya kepada Allah

TEKS BAHASA ARAB

من جاع واحتاج فكتمه الناس حتى يفضى به إلى الله – عز وجل -، فتح الله له رزق سنة من حلال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang lapar dan memerlukan kepada makanan lalu dia menyembunyikannya dari orang ramai sehingga dia mengadukannya kepada Allah, maka Allah akan membuka untuknya rezeki dari yang halal sepanjang tahun.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 191, hadis nombor 985. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -مرفوعا: ((من جاع واحتاج فكتمه الناس حتى يفضى به إلى الله – عز وجل -، فتح الله له رزق سنة من حلال)).
[تمام، ((الضعيفة)) (‌‌1927)]

(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang lapar dan memerlukan kepada makanan lalu dia menyembunyikannya dari orang ramai sehingga dia mengadukannya kepada Allah, maka Allah akan membuka untuknya rezeki dari yang halal sepanjang tahun.
[Riwayat Tamam. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1927]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs