Sesiapa yang masuk ke dalam Kaabah maka dia telah masuk ke dalam kebaikan

TEKS BAHASA ARAB

من دخل البيت دخل في حسنة، وخرج من سيئة مغفورا له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang masuk ke dalam Kaabah maka dia telah masuk ke dalam kebaikan dan dia keluar dari keburukan dalam keadaan dosa-dosanya telah diampunkan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 191, hadis nombor 986. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((من دخل البيت دخل في حسنة، وخرج من سيئة مغفورا له)).
[ابن خزيمة، البزار، تمام، هق، ((الضعيفة)) (1917)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang masuk ke dalam Kaabah maka dia telah masuk ke dalam kebaikan dan dia keluar dari keburukan dalam keadaan dosa-dosanya telah diampunkan.
[Riwayat Ibn Khuzaimah, al-Bazzar, Tamam dan al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 1917]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs