Sesiapa yang memakai celak pada hari Asyura dengan ithmid (sejenis celak)

TEKS BAHASA ARAB

من اكتحل يوم عاشوراء بإثمد فيه مسك عوفي من الرمد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memakai celak pada hari Asyura dengan ithmid (sejenis celak) yang padanya kasturi dia dihindari daripada rabun.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 98-100. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَأَخْرَجَهُ ابْنُ النَّجَّارِ فِي تَارِيخِهِ مِنْ حَدِيثِ أَبِي هُرَيْرَةَ بِلَفْظِ مَنِ اكْتَحَلَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ بِإِثْمِدٍ فِيهِ مِسْكٌ عُوفِيَ مِنَ الرَّمَدِ وَفَيِ سَنَدِهِ إِسْمَاعِيلُ بْنُ مَعْمَرٍ قَالَ الذَّهَبِيُّ فِي الْمِيزَانِ لَيْسَ ثِقَةً. انْتَهَى. وَقَالَ ابْنُ عِرَاقٍ فِي تَنْزِيهِ الشَّرِيعَةِ وَجَاءَ فِي حَدِيثِ سَلْمَانَ رَأَيْتُ بِخَطِّ العَلامَةِ أَبِي الْفَتْحِ الْمَرَاغِيِّ مَنْسُوبًا إِلَى تَخْرِيجِ الْحَافِظِ السَّلَفِيِّ وَفِي سَنَدِهِ مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ضَعِيفٌ وَفِي الْجُزْءِ الْمُسَمَّى بِالْغِنَى عَنِ الْحَافِظِ وَالْكِتَابُ بِقَوْلِهِمْ لَمْ يَصِحُّ شَيْءٌ فِي هَذَا الْبَابِ لِلحَافِظِ أَبِي حَفْصِ بْنِ بَدْرٍ الْمَوْصِلِيِّ مَا نَصُّهُ الاكْتِحَالُ يَوْمَ عَاشُورَاءَ لَمْ يَرِدْ فِيهِ شَيْء عَن النَّبِي وَهُوَ بِدْعَةٌ ابْتَدَعَهَا قَتَلَةُ الْحُسَيْنِ انْتَهَى وَفِي بَعْضِ كُتُبِ الْحَنَفِيَّةِ مَا نَصُّهُ يُكْرَهُ الْكُحْلُ يَوْمَ عَاشُورَاءَ لأَنَّ يَزِيدًا وَابْنَ زِيَادٍ اكْتَحَلَ بِدَمِ الْحُسَيْنِ وَقِيلَ بِالأَثْمِدِ لِتَقَرَّ عَيْنُهُ بِقَتْلِهِ الْحُسَيْنِ انْتَهَى كَلَام ابْن عراق. وَفِي الصَّوَاعِق المحرقة فِي الرَّد على أهل الْبدع والزندقة لِابْنِ حجر الْمَكِّيّ أعلم أَن مَا أُصِيب بِهِ الْحُسَيْن رَضِي الله عَنهُ فِي يَوْم عَاشُورَاء إِنَّمَا هُوَ الشَّهَادَة الدَّالَّة على مزِيد خطوبه ورفعته ودرجته عِنْد الله وإلحاقه بدرجات أهل بَيته فَمن ذكر ذَلِكَ الْيَوْم مصابه لم يَنْبغ أَن يشْتَغل إِلَّا بالاسترجاع امتثالا لِلْأَمْرِ وإحرازا لما رتبه تَعَالَى عَلَيْهِ بقوله: {أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَة وَأُولَئِكَ هم المهتدون} وَلَا يشْتَغل ذَلِكَ الْيَوْم إِلَّا بذلك وَنَحْوه من عظائم الطَّاعَات كَالصَّوْمِ وإياه ثُمَّ إِيَّاه أَن يشْتَغل ببدع الرافضة وَنَحْوهم من النّدب والنياحة والحزن إِذْ لَيْسَ ذَلِكَ من أَخْلَاق الْمُؤمنِينَ وَإِلَّا لَكَانَ يَوْم وَفَاته أولى بذلك وَأَحْرَى أَو ببدع الناصبة المتعصبين على أهل الْبَيْت أَو الْجُهَّال المقابلين الْفَاسِد بالفاسد والبدعة بالبدعة وَالشَّر بِالشَّرِّ من إِظْهَار غَايَة الْفَرح وَالسُّرُور واتخاذه عيدا وَإِظْهَار الزِّينَة فِيهِ كالخضاب والاكتحال وَلَيْسَ جَدِيد الثِّيَاب وتوسيع النَّفَقَات وطبخ الْأَطْعِمَة والحبوب الْخَارِجَة من الْعَادَات واعتقادهم أَن ذَلِكَ من السّنة والمعتاد وَالسّنة ترك ذَلِكَ كُله فَإِنَّهُ لم يرد فِي ذَلِكَ شَيْء يعْتَمد عَلَيْهِ وَلَا أثر صَحِيح يرجع إِلَيْهِ وَقد سُئِلَ بعض أَئِمَّة الحَدِيث وَالْفِقْه عَن الْكحل وَالْغسْل والحناء وطبخ الْحُبُوب وَلبس الْجَدِيد وَإِظْهَار السرُور يَوْم عَاشُورَاء فَقَالَ لم يرد فِيهِ حَدِيث صَحِيح وَلَا استحبه أحد من أَئِمَّة الْمُسلمين لَا من الْأَرْبَعَة وَلَا من غَيرهم وَلم يرد فِي الْكتب الْمُعْتَمدَة فِي ذَلِكَ صَحِيح وَلَا ضَعِيف وَمَا قيل من أَن من اكتحل يَوْمه لم يرمد ذَلِكَ الْعَام وَمن اغْتسل لم يمرض كَذَلِك وَمن وسع على عِيَاله فِيهِ وسع الله عَلَيْهِ سَائِر السّنة وأمثال ذَلِكَ من فضل الصَّلَاة فِيهِ وَإنَّهُ كَانَ فِيهِ تَوْبَة آدم واستواء السَّفِينَة على الجودي وإنجاء إِبْرَاهِيم من النَّار وإفداء الذَّبِيح من الْكَبْش ورد يُوسُف على يَعْقُوب فَكل ذَلِكَ مَوْضُوع إِلَّا حَدِيث التَّوسعَة على الْعِيَال لَكِن فِي سَنَده من تكلم فِيهِ فَصَارَ هَؤُلَاءِ لجهلهم يتخذونه موسما وَأُولَئِكَ لرفضهم يتخذونه مأتما وَكِلَاهُمَا مُخطئ مُخَالف للسّنة كَذَا ذكر جَمِيعه بعض الْحفاظ وَقد صرح الْحَاكِم بِأَن الاكتحال يَوْمه بدعه مَعَ رِوَايَته خبر من أكتحل بالأثمد يَوْم عَاشُورَاء لم ترمد عينه أبدا لكنه قَالَ إِنَّه مُنكر وَمن ثُمَّ أوردهُ ابْن الْجَوْزِيّ فِي الموضوعات من طَرِيق الْحَاكِم وَنقل الْمجد اللّغَوِيّ عَن الْحَاكِم إِن سَائِر الْأَحَادِيث فِي فَضله غير الصَّوْم وَفضل الصَّلَاة فِيهِ والإنفاق والخصاب والأدهان والاكتحال وطبخ الْحُبُوب كُله مَوْضُوع ومفترى وَبِذَلِك صرح ابْن الْقيم أَيْضا فَقَالَ حَدِيث الاكتحال والأدهان والتطيب يَوْم عَاشُورَاء من وضع الْكَذَّابين وَالْكَلَام فِيمَن خص يَوْم عَاشُورَاء بالكحل انْتهى كَلَام ابْن حجر.

Ibn al-Najjar telah mengeluarkan di dalam kitab tarikhnya hadis Abu Hurairah dengan lafaz:
مَنِ اكْتَحَلَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ بِإِثْمِدٍ فِيهِ مِسْكٌ عُوفِيَ مِنَ الرَّمَدِ.
Sesiapa yang memakai celak pada hari Asyura dengan ithmid (sejenis celak) yang padanya kasturi dia dihindari daripada rabun.
Pada sanadnya Ismail Ibn Ma’mar yang al-Zahabi telah berkata di dalam al-Mizan bahawanya ia tidak thiqah (dipercayai). Selesai. Ibn ‘Iraq telah berkata di dalam kitab Tanzih al-Shari’ah dan terdapat di dalam hadis Salman, aku melihat dengan tulisan Abu al-Fath al-Maraghi yang dinisbahkan kepada takhrij al-Hafiz al-Silafi dan pada sanadnya Muhammad bin Abd al-Rahman dia seorang yang lemah. Di dalam juzuk yang dinamakan al-Ghina ‘an al-Hafiz wa al-Kitab Bi Qaulihim Lam Yasih Syai’un Fi Haza al-Bab karya al-Hafiz Abu Hafs Bin Badr al-Mausili terdapat apa yang dinaskan bahawa bercelak pada hari Asyura tidak terdapat di dalamnya sesuatu pun daripada Nabi SAW dan ia merupakan satu bidaah yang direka oleh pembunuh al-Husain. Selesai. Dan di dalam sebahagian kitab Hanafi tentang apa yang dinukilkan makruhnya bercelak pada hari Asyura kerana Yazid dan Ibn Ziyad telah memakai celak menggunakan darah al-Husain dan dikatakan juga menggunakan ithmid bagi mengekalkan matanya dengan pembunuhan al-Husain. Selesai. Ucapan Ibn ‘Iraq.
Dan di dalam al-Sawaiq al-Muhriqah fi al-Rad ala Ahli al-Bida’ wa al-Zandaqah oleh Ibn Hajar al-Makki: Aku tahu apa yang terjadi pada al-Husain RA pada hari Asyura, adalah bukti yang menunjukkan akan kelebihan dirinya, ketinggian darjatnya di sisi Allah dan keberaniannya adalah pada darjat yang tinggi di sisi ahli keluarganya. Maka sesiapa yang mengingati apa yang ditimpanya hari apa yang tersebut tidak patut kecuali dengan ucapan istirja’ (innalillah wa inna ilaihi raji’un) kerana melaksanakan perintah (Allah) dan kerana doakan agar dia dapat apa yang disusun Allah SWT di dalam firman-Nya (yang bermaksud): “Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya, dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.” Dan tidak dapat diterima pada hari ini kecuali dengan pelbagai ketaatan yang besar seperti berpuasa. Berhati-hatilah dan berhati-hatilah dia daripada menyibukkan diri dengan perkara-perkara bidaah golongan al-Rafidhah (Syiah) dan golongan seumpama mereka seperti jeritan, ratapan dan kesedihan. Maka ini bukan daripada akhlak orang-orang yang beriman. Jika tidak, hari kewafatan Rasulullah SAW ia lebih utama dan lebih afdal untuk melakukan sedemikian, ataupun berhati-hati juga dengan perkara bidaah daripada orang-orang Nawasib (pembenci Ahlul Bayt) yang taasub ke atas ahli Bayt ataupun orang jahil dalam berdepan kerosakan dengan kerosakan, bidaah dengan bidaah, kejahatan dengan kejahatan, demi menzahirkan tujuan kegembiraan dan menganggapnya sebagai satu perayaan, serta menzahirkan perhiasan seperti mewarnakan rambut atau memakai celak dan bukan dengan pakaian yang baru atau membelanjakan wang serta memasak makanan dan gandum yang terkeluar daripada kebiasaan dan kepercayaan mereka bahawa ini adalah sebahagian daripada sunah dan adat. Sunah itu adalah dengan meninggalkan semuanya kerana sesungguhnya tidak disebut padanya sesuatu yang boleh berpegang dan tiada athar (riwayat) yang sahih yang menjadi rujukan padanya. Sebahagian imam-imam hadis dan fiqh telah ditanya mengenai celak, mandi, inai, memasak gandum, baju yang baru dan menzahirkan kebahagiaan pada hari Asyura, maka mereka berkata tidak ada disebut di dalam hadis yang sahih, dan mereka tidak menganggapnya sebagai sunnah, tiada daripada imam yang empat dan yang selain daripada mereka, dan tidak disebut di dalam kitab-kitab yang muktamad sama ada sahih atau lemah. Dan apa yang dikatakan mengenai memakai celak pada hari tersebut maka tidak akan menjadi rabun pada tahun tersebut, dan sesiapa yang mandi tidak akan sakit, begitu juga mengenai siapa yang membelanjakan ahli keluarganya maka Allah akan memudahkannya sepanjang tahun, dan di antara contoh-contohnya adalah kelebihan bersolat pada hari tersebut dan berlakunya taubat Nabi Adam AS, berlabuhnya kapal Nabi Nuh di atas bukit al-Judi, kebebasan Nabi Ibrahim AS daripada api, penggantian korban kepada kambing kibas, kembalinya Nabi Yusuf kepada Nabi Yaakub. Justeru semua ini ialah palsu kecuali hadis mengenai membelanjakan ahli keluarga, namun pada sanadnya terdapat perawi yang dipertikaikan. Maka disebabkan kejahilan mereka menganggapnya sebagai satu musim perayaan dan mereka yang Syiah pula menjadikannya sebagai hari bersedih. Kedua-duanya salah dan bercanggah dengan sunah. Begitulah yang disebut kebanyakan al-Huffaz. Al-Hakim telah menyatakan bahawasanya bercelak pada hari tersebut ialah bidaah pun begitu beliau juga meriwayatkan hadis: Sesiapa yang memakai celak ithmid pada hari Asyura maka matanya tidak akan rabun selamanya. Walau bagaimanapun beliau berkata bahawa ia ialah munkar. Kemudian Ibn al-Jauzi di dalam al-Mawdu’at daripada jalur al-Hakim dan juga yang telah dinukilkan al-Majd al-Lughawi daripada al-Hakim bahawa kesemua hadis-hadis mengenai kelebihannya selain berpuasa, kelebihan solat padanya, bersedekah, memakai minyak wangi, bercelak dan memasak gandum, semuanya dinilai palsu dan rekaan. Begitu juga yang dikatakan oleh Ibn al-Qayyim. Beliau juga telah berkata bahawa hadis bercelak, memakai minyak serta minyak wangi pada hari Asyura merupakan di antara rekaan pembohong-pembohong dan perbahasan ini adalah pada sesiapa yang mengkhususkan hari Asyura dengan bercelak. Selesai ucapan Ibn Hajar.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs