Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi

TEKS BAHASA ARAB

من قرأ آية الكرسي [و {قل هو الله أحد}] دبر كل صلاة مكتوبة لم يمنعه من دخول الجنة إلا الموت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi [dan ayat {Katakanlah bahawa Allah itu Maha Esa}] setiap kali selesai solat fardu, tidak ada yang dapat menghalanginya daripada masuk syurga kecuali kematian (yang belum tiba).

STATUS

Batil dengan lafaz ayat {Katakanlah bahawa Allah itu Maha Esa}

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2061, hadis nombor 10353. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل بذكر {قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ})
عن أبي أمامة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ [و {قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ}] دُبُرَ كُلِّ صَلاةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ إِلا الْمَوْتُ.
[طب، ابن حجر في ((نتائج الأفكار))، ((الضعيفة)) (6012)]

(Batil dengan lafaz ayat {Katakanlah bahawa Allah itu Maha Esa}) Daripada Abū Umāmah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi [dan ayat {Katakanlah bahawa Allah itu Maha Esa}] setiap kali selesai solat fardu, tidak ada yang dapat menghalanginya daripada masuk syurga kecuali kematian (yang belum tiba).
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu’jam al-Kabīr, Ibn Ḥajar dalam Natā‘ij al-Afkār. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6012]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs